Jangan Hilang Walau Satu Undi!

1555

KUALA TERENGGANU – Semua anggota jentera kempen Muslimat perlu bersedia dan yakin untuk turun ke lapangan dengan matlamat tidak akan kehilangan, walaupun satu undi.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, setiap pengundi wajib didekati untuk menarik sokongan, bukan menjauhkan mereka daripada PAS.

“pakaian dan penampilan……kita kena kemas, percakapan yang bijak dan ‘kena’ pada sasaran perlu supaya dapat menarik bukan menjauhkan sasaran dari kita,

“sikap berhati-hati dan berilmu itu perlu ada pada semua petugas kerana kita tidak mahu kehilangan satu undi yang ada di depan kita,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat petugas kempen Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu pada Jumaat, 19 Januari.

Sehubungan itu, beliau memberi ingatan tentang perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan yang tidak perlu, semasa betemu para pengundi.

“semua jentera kempen sepatutnya sudah maklum akan apa yang perlu dan tidak perlu ketika turun bertemu sasaran,

“persiapan tidak boleh di pandang remeh, imej dan ketrampilan itu mencerminkan parti yang kita wakili,” tegas beliau.

Lebih 400 orang peserta Muslimat dan Ameerah hadir pada program tersebut, mewakili empat kawasan Dewan Undangan Negeri dalam parlimen Kuala Terengganu.