Islam Tunjang Kekuatan PAS

1404

Oleh : Rohayati Ripin

BESUT – PAS komited dengan dasar Islam yang menjadi tunjang kekuatannya, berbeza parti lain yang hanya fokus pada sudut politik bagi pilihan raya semata-mata.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, PAS tetap akan pertahankan Islam walaupun terpaksa mengorbankan keuntungan politiknya.

“Sebab itu PAS rela meninggalkan Pakatan Rakyat apabila rukun tahaluf siyasi yang dipersetujui dikhianati,

“PAS harus mempertingkatkan reputasi gerak kerja melalui pelbagai pendekatan untuk menarik seramai mungkin masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan perasmian Himpunan Ameerah Peringkat Kawasan Besut (HAMRA) di Dewan Haji Salleh, Kampung Alor Lintah, Jumaat 8 September.

Menurutnya anggota dan pimpinan mesti sentiasa bersabar disamping berusaha untuk menepati syarat-syarat kemenangan dengan kita perlu melihat kepada kekangan dan halangan di hadapan, yang boleh merencatkan proses ke arahnya.

“Pendekatan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyah yang sangat dihormati bahkan kesannya sangat besar apabila permohonan untuk menyertai PAS telah diluluskan setiap bulan dalam jumlah angka yang sangat membanggakan,

“PAS telah memutuskan untuk terus berdiri di atas paksinya. Bahkan tindakan pihak -pihak tertentu yang menuduh PAS akan bekerjasama dengan UMNO dalam PRU14 akan datang sebagai ketandusan idea dan bankrup politik,” tegas beliau.

Justeru beliau mengucapkan tahniah kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut (DMPKB) yang telah berjaya mengembangkan sayapnya dengan penubuhan Ameerah di peringkat kawasan Besut.

“Semoga ia akan menjadi platform bagi golongan wanita muda untuk menyertai gelombang kebangkitan rakyat disamping akan menjadi penanda aras kemenangan untuk menghadapi PRU 14 akan datang,” tambah beliau