KUALA TERENGGANU – Hukuman Sebat di khalayak ramai yang dijalankan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu semalam ke atas pasangan Lesbian adalah detik bersejarah berkait kesalahan jenayah syariah di negeri ini.
“Ahamdulilah saya merasa sangat bersuka cita dapat bersama di Makhamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada hari ini (semalam 3 Ogos) bagi menyaksikan sebenarnya satu detik yang bersejarah dari segi pelaksanaan hukuman berkait dengan kesalahan jenayah syaria.
“Ini kali pertama pelaksanaan dilakukan berkait dengan dan melibatkan masalah LGBT dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim kepada wartawan yang hadir ke sesi sidang media selepas hukuman sebat itu dilaksana semalam.
Kata Ahmad Amzad, pihaknya melihat kehadiran ramai orang awam menyaksikan hukuman itu menunjukkan bahawa terdapat sokongan yang jelas daripada masyarakat untuk melihat supaya undang-undang syariah diperkasakan.
Malah ujar beliau, ia juga petanda positif sokongan untuk ia dilaksanakan bagi membolehkan menangani masalah-masalah berkait dengan gejala syariah yang sedang berlaku di dalam masyarakat hari ini.
“Saya mengucapkan taniah kepada pihak Makhamah Syariah dan saya lihat dari segi suasananya aman tenteram dan baik,” ujarnya lagi.
Bagi Ahmad Amzad, pelaksanan hukuman ini adalah untuk kebaikan semua pihak.
“Semoga Allah swt mengurniakan pahala yang berlipat ganda kepada semua yang berusaha meningkatkan pelaksanaan syariah di dalam negara kita dan semoga rakyat terus memberi sokongan supaya usaha memperkasakan peranan makhamah syariah diteruskan,” katanya lagi.



























