Oleh: Naraza Muda
Jauh di sudut hati kami untuk saban hari berbalah dengan pihak pengurusan. Hakikat ini kian menghakis keuntuhan sebelum ini.
Kocakan meruntuhkan Felda selama 6 tahun oleh Tan Sri Isa Samad dan transformasi yang diperkenalkan Bekas Perdana Menteri telah menghancurkan struktur kukuh susunan binaan sebelum ini.
Gerakan dari anak-anak pewaris Felda menuntut Felda diselamatkan semakin kencang sebelum PRU14 dan diterjemahkan bila tiba hari pengundian. Berbilion-bilion pengkiatan oleh konco Najib dihukumi oleh pengundi Felda bagi membariskan gagasan Felda perlu diselamatkan.
Impak perubahan undi melayu Felda tidak boleh dinafikan sehingga tersungkurnya Barisan Nasional yang menguasai kerajaan selama 60 tahun.
Pengundi muda diresapi menifesto pembangkang waktu itu dengan perbagai janji dan paling besar melibatkan penghapusan hutang misteri RM5 bilion yang direkodkan ke dalam akuan peneroka Felda dan bakal diwarisi.
Akibatnya hampir separuh daripada 54 (angka tidak rasmi 24 parlimen dimenangi pembangkang) Parlimen simpanan tetap BN berkubur dengan menyaksikan Pakatan Harapan menguasi kuasa baharu undi Felda. Antara punca kemenangan dan membolehkan PH menguasai Putrajaya.
Di Terengganu empat daripada lapan Parlimen Felda dimenangi pembangkang dan enam daripada sembilan Dewan Undang Negeri dikuasai menyebabkan BN Terengganu menjadi pembangkang. Hanya Pahang dan Perlis sahaja negeri yang ada Felda masih kekal di bawah BN.
Tetapi setelah mengharungi lebih dari 100 hari di bawah Kerajaan Pusat yang dikuasai PH, masalah warga Felda semakin menekan. Untuk melihat hutang mereka dihapuskan atau dikemaskini sehingga benar-benar berasas dengan keadaan semasa agak kabur.
Untuk melihat bayaran tunai sara hidup, bayaran pendahuluan hasil dan bayaran hasil mereka teratur juga tidak nampak jalan lebih baik.
Untuk melihat kegemilangan Koperasi Permodalan Felda (KPF) agak mustahil waktu ini. Begitu juga dengan harapan dikembalikan duit-duit yang diseleweng dapat dikembalikan semula kepada Felda.
Untuk melihat projek perumahan generasi kedua diselesaikan dari terbengkalai, apatah lagi melihat projek baharu rumah mereka, mungkin boleh disimpan dalam lipatan sejarah dan kenangan fail PGBF.
Pengurusan terbaharu masih dibayangi dengan puak yang bermuka-muka. Tiada tindakan drastik baik pulih pengurusan, selain dari perlantikan Pengerusi Felda yang terang-terang mengenepikan pandangan gabungan Ngo-ngo anak-anak Felda.
Apakah PH sekarang bagai dikata orang? Perangai dan cara pentadbiranya lebih teruk dari Barisan Nasional? Jika benar apa tindakan kita warga Felda selepas ini?….Ayuh kita laungkan MERDEKA sampai pecah anak tekak..sambil kita menangis berirama dengan aluanan lagu ‘Anak Kecil Main Api….