Pemilik Tanah RTB Yang Dirampas BN Pohon Buat Permohonan Semula

3658
YB Cikgu Alias Harun, ADUN Rantau Abang

DUNGUN – Peserta Rancangan Tanah Berskelompok (RTB) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang telah dirampas tanah mereka oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada 2004, diminta membuat permohonan semula.

ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, ia adalah untuk mengemaskini maklumat pemilikan tanah terbabit bagi tindakan lanjut kerajaan negeri

“Cuma kita nak tengok, hok dalam tu dah 15 tahun (berlalu), mungkin terlepas doh, jadi kita dok berilah ke dia(yang telah menerima tanah), kita beri ke orang lain,

“Kita minta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) senaraikan nama-nama penduduk yang sepatutnya diberikan (kembali),” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui bagi mengulas pelaksanaan Manifesto PAS Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 lalu yang berjanji akan mengembalikan semula tanah-tanah terbabit.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang itu berkata, satu Jawatankuasa Pembangunan Tanah DUN yang dipengerusikan oleh beliau telah dibentuk untuk menyelesaikan isu RTB.

Katanya, tanah-tanah yang dirampas Umno-BN itu melibatkan tanah dimiliki oleh 274 orang di Alor Mak Bah, 294 orang di Batu Putih dan juga lebih 200 orang di Padang Pulut.

“Tanah yang dibahagi-bahagikan pada masa pemerintahan PAS antara 1999 hingga 2004 sudah tiada, dan kita gantikan,” jelasnya.