Oleh : Syed Abdul Rahman
KUALA TERENGGANU – Orang ramai digalakkan menghantar anak-anak mereka ke Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) untuk mendapat pendidikan pra-persekolahan yang cemerlang.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, kehebatan PASTI telah terbukti menghasilkan anak-anak yang berakhlak mulia.
“ Kita mengalu-alukan kepada masyarakat untuk mengambil peluang menghantar anak-anak ke PASTI khususnya yang berada di sekitar Bandar.” ujarnya


Menurutnya, salah satu daripadanya iaitu Pasti Al-Huda di Kampung Tanjung, baru mula beroperasi untuk sesi 2019 .
Oleh itu beliau berharap para guru dan tenaga pengurus PASTi dapat berkhidmat dengan sebaiknya, bagi mendidik anak-anak.
“Mudah-mudahan para guru dapat beri khidmat yang terbaik kepada anak-anak kita supaya mereka dapat dibentuk menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat ”, ujarnya.





























