GST Dari Kacamata Orang Muda

926

Oleh : Zul Shawal

DUNGUN – Disaat tekanan kos sara hidup kian mencengkam golongan kelas pertengahan dan bawahan di Malaysia akibat kemelesan ekonomi negara, mereka kini dibebani pula dengan satu lagi ‘produk’ terbaru kerajaan Barisan Nasioanl; GST.

IMG-20150331-WA0169 (2)Kumpulan terbesar dalam golongan tersebut adalah terdiri dari orang-orang muda dan anak-anak remaja muda yang berusia 18 hingga 40 tahun. Bebanan ini dirasai seawal mereka menghabiskan alam persekolahan atau seseorang yang bergelar mahasiswa.

Bagi mereka tidak berjaya melanjutkan pendidikan di pusat pengajian tinggi, orang muda terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan yang bukan mudah dan cukup mencabar. Tanpa pengalaman, sudah tentu bayaran upah yang bakal diterima tidak mampu bagi mereka mengharungi kehidupan dengan kos yang semakin meningkat di negara yang masih berstatus ‘membangun’.

Bagi mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajian, sebahagian besarnya melangkah keluar bersama hutang pengajian yang terpaksa ditanggung demi kelangsungan pendidikan mereka. Ditambah dengan persaingan, perebutan peluang pekerjaan yang terlalu kecil berbanding lambakkan para graduan ini, mereka menghadapi ‘survival’ untuk terus hidup dalam zaman moden dan sanggup melakukan apa cara demi penerusan hidup ini.

Bebanan baru bernama GST yang dilahirkan pada 1 April 2015, masih belum sempat dihadamkan dalam ‘perut’ rakyat. Hanya mengetahui secara asas sistem cukai GST yang diperkenalkan, kebarangkalian rakyat tertipu dengan sistem percukaian ini adalah tinggi.

Hanif Mohd, 28 tahun, seorang graduan IPTA menegaskan bahawa kerajaan tergesa-gesa menguatkuasakan GST keatas ‘kepala’ rakyat tanpa penelitian yang khusus dari segenap penjuru.

IMG-20150408-WA0037“Sejak bermula 1 April hingga sekarang kita masih kebinggungan dengan pendekatan GST yang dibuat oleh kerajaan melalui agen mereka, Kastam (Diraja Malaysia).

“Masih ramai pegawai-pegawai Kastam yang masih belum menjadi pakar untuk mengurus kepincangan yang timbul daripada kecacatan GST,”beliau berhujah.

Menurutnya, banyak laporan diadukan kepada kastam berhubung GST walaupun baru seminggu diperkenalkan.

Lebih rumit lagi, pada pandangannya, pegawai kastam yang bertugas sendiri pun seolah-olah tidak memahami sepenuhnya sistem tersebut.

“Terpaksa menghubungi pihak lain bagi memberi jawapan kepada pengadu. Timbul persoalan adakah sistem ini tidak memiliki garis panduan yang tepat dan mudah difahami.

“Daripada puluhan ribu barangan yang berlegar dalam pasaran semasa, dan dinyatakan dengan jelas terdapat 8,000 barangan yang dikecualikan daripada GST. Rakyat masih tertanya-tanya senarai lengkap 8,000 barangan tersebut,”soal Hanif

Tinjauan dikalangan anak muda berhubung isu GST ini lebih berkisar kepada kenaikan harga kad nilai tambah pra bayar telepon bimbit, pakaian dan peralatan sukan serta kenderaan.

IMG-20150408-WA0045Fendi (bukan nama sebenar), 22, terpaksa melupakan hasratnya bagi memiliki motosikal baru.

Ia bukan sahaja kerana pertambahan kos 6% terhadap harga motosikal tersebut, tetapi bakal pemilik juga terpaksa menanggung kos kenaikan bagi urusan tambahan seperti insuran kenderaan.

“Terpaksalah saya guna kembali motor yang lama, motor tu dah lama dan selalu rosak. Alat ganti juga mahal sekarang ni. Mungkin kali ni tiada rezeki,” kata Fendi dengan nada kesal.

Ini adalah keluhan seorang daripada jutaan orang muda di negara ini yang merupakan penyumbang terbesar kepada pasaran ekonomi runcit negara.

Kuasa yang datang daripada mereka bisa menjejaskan lagi kepincangan ekonomi sekarang jika mereka mengurangkan kuasa belian mereka.

Isyarat yang paling jelas dapat dilihat daripada golongan anak muda adalah mereka masih belum bersedia untuk ber’GST’.