Gejala Ponteng ‘Satu Penyakit’

3178

Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS – Gejala ponteng sekolah adalah satu penyakit dan sekiranya jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan ia akan memberi kesan buruk.

Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang berkata, gejala tersebut akan merebak kepada perkara lain seperti merokok dan bahkan yang lebih parah lagi akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“’Operasi (Ops) Ponteng Sekolah’ yang diadakan di sekolah semalam adalah satu usaha yang baik ke arah membendung gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar,

“dan Ops yang dijalankan ini diharapkan akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa serta diperluaskan ke semua sekolah bagi mengatasi masalah sosial pelajar sekolah,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Ops ponteng sekolah sekitar Kuala Nerus pada Selasa, 7 Ogos.

Menurutnya, usaha untuk membendung gejala ponteng mestilah diambil peranan oleh semua pihak terutama ibu bapa dan komuniti kampung.

Dan katanya,beliau mengucapkan tahniah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKIF yang telah mengambil inisiatif itu dengan kerjasama beberapa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan bersama Balai Polis Gong Badak serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Teluk Ketapang, Nazir Ismail berkata, Operasi ponteng sekolah dibuat secara berkala dan mengejut di beberapa premis.

Diantaranya, kedai-kedai kopi,rumah-rumah kosong, pantai Teluk Ketapang dan pusat siber di sekitar kawasan itu yang menjadi tumpuan para pelajar untuk lepak dan ponteng.

“kami menggempur kawasan yang disyaki dan dalam senarai untuk digempur dan telah membuat 17 tangkapan yang melibatkan pelajar sekolah menengah disekitar tersebut,

“dan pihak AADK telah membuat saringan ujian air kencing kepada semua pelajar yang terbabit dan didapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis pil kuda,” ujarnya.

Katanya, beliau memandang serius dalam hal yang membabitkan pelajar dan remaja dalam penyalahgunaan dadah kerana dadah antara punca gejala sosial seperti kecurian dan ragut.

Pegawai polis turut memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada semua pelajar dan guru dan ibu bapa pelajar terbabit di panggil untuk tujuan membawa pulang pelajar-pelajar terbabit.