Ganding Bahu Realisasikan Manifesto PAS

2211

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Khairunnisa’ menyeru semua golongan bersama berganding bahu membawa Kerajaan Negeri Terengganu ke arah merealiasikan kehendak yang akan dilaksanakan dalam Manifesto Parti Islam Semalaysia (PAS).

Timbalan Pengerusinya Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, sokongan diberi sepenuhnya samaada di peringkat kawasan, DUN dan cawangan dengan membantu kerajaan bagi mewujudkan satu suasana harmoni dalam negeri Terengganu.

“Kita fokuskan kegiatan kepada golongan wanita dimana kita mendapati golongan wanita yang perlu kepada perumahan dan tanah masalah ibu tunggal,

“maka kita memainkan peranan supaya mereka mendapat keistimewaan yang di tawarkan kerajaan Negeri Terengganu,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat Negeri berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis Hari Raya Khairunnisa’ di kediaman Rasmi MB Seri Iman, Batu Buruk pada Khamis, 5 Julai.

Katanya, cara ini akan mewujudkan masyarakat yang penuh dengan keimanan dan ukhuwah Islamiah tanpa mengira fahaman politik yang wujud dalam negeri kita.

“Insya Allah mudah-mudahan negeri kita dapat merealisasikan sebuah negeri yang maju berkat dan sejahtera,

“dan kita teruskan istiqamah dengan amalan mulia yang telah kita laksanakan di bulan Ramadhan supaya insya Allah kita dapat memastikan diri mendapat kejayaan di dunia dan akhirat,” tambahnya.