Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – Berbaki lagi sembilan hari ‘deadline’ untuk menyiapkan kerja berkaitan, Unit Persiapan Tandas Fastaqim 2.0 melakukan pecutan akhir bagi memberi keselesaan kepada 200K peserta.
Ketuanya, Abdul Azeb Ismail berkata, kerja-kerja membina dan menyiapkan tandas telah bermula pada hari Ahad, 10 September yang lalu.
“Sebanyak 60 buah tandas telah dibina di halaman rumahnya di Kampung Duyung dan diangkut ke tapak program menggunakan lori,
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tempat program akan berlangsung,Selasa, 19 September, disini.
Menurutnya, seramai 10 orang petugas ‘tetap’ menginfakkan diri masing-masing membantu beliau menyempurnakan amanah ini.
“Kebanyakkannya meninggalkan kerja ‘hakiki’ mencari rezeki semata-mata demi membantu menyiapkan tandas bagi melancarkan program Fastaqim 2.0 ini dan kita jangka akan siap sepenuhnya selewatnya pada hari Selasa, 26 September ini,” jelasnya.
Oleh itu, beliau menyucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas yang secara sukarela membantunya menyiapkan segala kerja yang diberi tanpa mengharapkan sebarang upah dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa sahabat semua.