Fastaqim 2.0; Hadir Dan Perteguhkan Akidah.

1666

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Kurang sepuluh hari lagi Fastaqim 2.0 akan berlangsung, yang bakal menyaksikan seramai 200 ribu orang akan hadir dengan penuh semangat memperteguhkan akidah dibawah kepimpinan ulama.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus Puan Hajah Jamilah Jusoh menyeru kepada semua terutama ahli dan penyokong PAS serta seluruh masyarakat untuk hadir ke program tersebut.

“Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang di bawah kepimpinan ulama’………kita sokong dan sama-sama kita turun mengajak keluarga,

“rakan taulan seramai mungkin supaya mereka yang tak faham jadi faham dengan politik PAS dan bezanya dengan politik UMNO dan sama akan menyokong PAS dalam PRU ke 14,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menghadiri program Liqa’ Mahabbah di Mengabang Telipot pada Isnin 18 September.

Katanya, dengan kesedaran tentang politik yang sangat menekan kehidupan masakini, sudah tiba masanya rakyat bangkit untuk menyatakan ‘tidak’ kepada Barisan Nasional.

Seramai 100 orang Muslimat yang merupakan ejen penerangn dari seluruh kawasan Kuala Nerus, hadir pada program dianjurkan Muslimat negeri itu.

Mengulas lanjut, menurut Hajah Jamilah, rata-rata rakyat dah tahu tentang penyelewengan kerajaaan BN dan orang muda cukup faham tentang politik ‘bobrok’ Malaysia.

“Ayuh !!……Semua kita buktikan yang rakyat tidak takut sama membuat perubahan, Insyaa Allah,” tegasnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan duit BRIM yang kerajaan beri kepada rakyat itu adalah sedikit berbanding GST yang ‘diperah’ secara paksa.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat PAS DUN Seberang Takir Hajah Fadhilah Mohamad berharap semua pihak menyatakan sokongan, tidak berbelah bagi.

“khususnya kepada penduduk Seberang Takir dan masyarakat di luar sana bagi sama memeriahkan program yang besar ini,

“sepatutnya kita merasa bangga dan bertuah kerana negeri kita, kawasan kita dunt kita dipilih untuk menjadi tuan rumah,” tegas beliau.

Katanya, ia merupakan ‘simbolik’ kepada Seberang Takir yang belum pernah menang sejak 13 kali pilihanraya lalu.

Ia menggambarkan kata beliau, betapa besar dan tingginya harapan semua pihak, seluruh negara untuk melihat PAS menang di negeri Terengganu yang tercinta ini.