HULU TERENGGANU – Kerajaan Umno Dan Barisan Nasional (BN) mendakwa ekonomi bagus dan stabil pada hari ini tetapi hakikatnya rakyat ‘perit’ dalam kemiskinan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, YB Ustaz Haji Hishamuddin Abd Karim berkata, ratusan orang setiap kali agihan bantuan persekolahan rakyat negeri Terengganu memenuhi dewan sivik.
“Kalaulah rakyat Terengganu senang belake tak perlu dah kita bagi (beri) bantuan tetapi sebab apa kita bagi juga… sebab rakyat kita susah,
“Setiap kali kita turun dan tanya kepada rakyat bagaimana keadaan ekonomi pada hari ini… Ada beza dok leni (sekarang) dengan dulu,
“Masing- masing daripada kalangan rakyat akan beritahu susah leni ustaz…tetapi pemimpin Umno, dia tiada ‘sensivity’ ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Solidariti Palestin dan Ambang 2018 di Pasar Manir, Ahad, 31 Disember.


Malangnya negeri Terengganu adalah negeri yang tak mampu untuk memberikan peluang pekerjaan yang banyak.
“Sebab itu kita (PAS) nak beritahu pada rakyat pelaburan pada tahun 2017 hanya ada tiga pelaburan sahaja yang membabitkan jumlah sebanyak 55 juta.Bila kita beritahu ini pada rakyat dengan pelaburan seperti ini, macam mana nak keluarkan rakyat daripada pengangguran kepada alam pekerjaan,
“Saya yakin orang muda yang duduk di Terengganu ini sekiranya mereka menerima bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), mereka suka hati tetapi mereka lebih suka hati kalau dapat pekerjaan yang stabil dan bagus,
“Tapi malangnya negeri kita ini suka bagi ‘one off’ tapi tidak mampu untuk cipta peluang pekerjaan.
“Pada tahun 2017 ada 13 projek ‘low hanging fruit’ yang menawarkan pekerjaan mencecah 80 ribu pekerjaan tapi malangnya takdop apa satu,”ujarnya kesal.


“Kita tanya semula daripada 319 lot ini berapa yang aktif dan tidak aktif. Kerajaan pusing tak jawab sampai ke sudah. Jawab benda lain.
“Dia ingat kita tak tahu berapa yang aktif dan berapa yang tidak aktif. Bila kita kata malap ertinya kita siasat… Kita tengok berapa yang aktif dan tidak aktif,
“Yang tidak aktif 60%. Sebab itu kita kata malap tetapi dia tidak jawab kerana mereka tahu kalau menjawab benda ini kena atas batang kepala mereka sendiri,”kata beliau.
Menurutnya lagi, kerajaan Umno BN kalau bahagian buat ‘lawa’ boleh serah padanya tetapi bahagian untuk buat pengisian kepentingan rakyat memang tiada.
“Sebab itu kita harap orang muda beri perhatian dan peluang kepada parti PAS untuk memerintah dalam pilihan raya umum (PRU) ke14 nanti,
“Oleh kerana itu kita kena buat perubahan serah balik negeri Terengganu kepada PAS untuk memerintah kembali,”tegas beliau.




























