KUALA NERUS – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah mengambil inisiatif menambah baik kemudahan agar memberikan keselesan kepada ahli-ahli berhormat, pada persidangan yang akan datang.
Yang Dipertua DUN Haji Yahaya Ali berkata, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang ini telah diputuskan pada 25 hingga 29 walaupun pada cadangan awalnya 26 hingga 29 November.
“Ini juga termasuk dalam agenda diperingat Dewan Negeri. Kita telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Penambahbaikan dengan melantik beberapa orang dikalangan mereka yang mempunyai pengalaman,


“Jadi mereka sedang melaksanakan kerja mereka dan diantaranya telah disebut lebih awal sebab ada beberapa negeri seperti Selangor dan juga perak sudah pun membawa dan Selangor sudah pun berjalan.,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis pelepasan Delegasi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di sempadan Turki di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada Sabtu, 20 Oktober.


“Tapi saya nak sebutkan sebagai tambahan diperingkat awal sebenarnya kita akan menubuhkan satu jawatankuasa terpilih iaitu memberi tumpuan kajian berhubung dengan Peraturan Tetap Dewan (Standing Order).
“Sebab disana kita nampak banyak perkara agak ketinggalan dari segi ‘standing order’ di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain.Kita akan tumpukan dulu kemudian kita akan pergi peringkat demi peringkat,” jelasnya.




























