Doakan ‘Ketabahan’ Kepada Mangsa Banjir

832

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menubuhkan Skuad Penyelamat Banjir Pemuda Negeri bagi membantu menangani dan mengurangkan beban mereka yang terlibat dengan ujian musibah yang paling teruk setakat ini.

Ketua Pemudanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah sendiri telah turun bersama para pemuda ke kawasan-kawasan yang terjejas banjir bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Beliau telah ‘bermandi hujan’ di kawasan Hulu Terengganu bersama para petugas Unit Amal dan para sukarelawan meyampaikan khidmat bakti kepada warga Kuala Berang pada 3 dan 4hb Disember.

BANJIR HULUKelmarin pada Khamis 5 Disember, beliau bersama para pemuda turun ke kawasan terjejas di DUN Chukai dan DUN Air Putih.

“Kami daripada Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu dalam misi bantuan banjir menghala ke Mak Cili dan juga Air Putih,

“masha Allah, banjir yang tak pernah berlaku. Dalam sejarah banjir di Kemaman lah, banjir paling buruk berlaku,”katanya ketika ditemui.

Menurutnya bencana banjir luar biasa yang berlaku adalah satu kebesaran Allah SWT yang Maha BesarNya boleh melakukan sesuatu dengan dengan menyebut ‘ jadi….maka jadilah ia,”.

“Sebagaimana kita lihat, kebesaran Allah S.W.T…………..Bila Allah S.W.T sebut “kun fayakun”, (maka jadi banjir luar biasa ini,”katanya.

Oleh itu, beliau menyeru semua warga Kemaman dan penduduk negeri Terengganu supaya berdoa kepada Allah S.W.T.

“supaya sahabat-sahabat kita di Kemaman diberi ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi musibah daripada Allah S.W.T,”tambahnya.