Didik Anak Dengan Solat

1424

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU – Solat merupakan peranan utama untuk melahirkan modal insan cemerlang dunia akhirat dan didikan haruslah bermula sejak dari kecil.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata keperihatinan ibubapa memanfaatkan masa cuti anak-anak dengan mengisi ilmu Fardhu Ain menunjukkan usaha melahirkan modal insan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

“Jangan biarkan anak-anak membesar tanpa penerapan cara hidup Islam yang sebenar..”

“Ibubapa jangan lepaskan peluang sekiranya ada program ilmiah sebegini..” tambah beliau yang agak risau tentang permasalahan yang melanda anak muda zaman ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis tersebut di Surau Air Putih yang dianjurkan oleh Ameerah Dun Jabi, 11 Nov lalu.

Beliau berpesan kepada peserta sebagai hamba Allah agar tidak hanyut dalam arus dunia dan sentiasa berpegang pada tali Allah.

“Solat adalah tali untuk berhubung dengan Maha Pencipta. Apa sahaja yang kamu buat, masalah apa yang kamu hadapi, sesibuk manapun kamu bermain, jawatan apa yang kamu sandang, solat mesti ditunaikan..tiada kompromi!”

“Kita orang Islam dijadikan ada disiplin, apa yang kita buat, kita tidak terlalai jauh. Sampai masa (waktu solat) kene berhenti main dan solatlah.

“Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa program dalam usaha mendidik anak bangsa dengan mengadakan program sebegini.” tambahnya lagi.