Dengarlah Keluhan Pak Tani…………..

2776

“Wakil rakyat yang baru memang kaya, semua orang tahu, tetapi apa yang dia boleh bantu kita, kita pun masih belum tahu,”ujar seorang penoreh getah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Langkap.

Beliau mengeluh, mahu tak mahu, terpaksa menoreh getahnya, setidak-tidaknya sekali sehari, walau apa jua keadaan cuaca sekali pun.

“kalau hujan malam, pagi tak menoreh…….tunggu pokok getah kering, mungkin petang kalau cuaca panas…….kena juga menoreh,

“kalau terpaksa…….malam pun kena pergi, macamana nak buat…….terpaksa!,”keluhnya.

Krisis harga getah yang ‘merudum’ bermula sejak tahun 2012 belum selesai.

Malaysia antara pengeluar getah terbesar dunia terkesan kerana permintaan getah asli yang rendah menyebabkan harga getah terus menurun.

Pada 27 September lalu, media melaporkan harga getah Malaysia ditutup bercampur-campur berikutan kekurangan permintaan untuk komoditi itu menjelang hujung minggu, kata para peniaga.

penoreh getahSeorang peniaga berkata kejatuhan pada pasaran getah tempatan juga sejajar dengan prestasi lemah kontrak hadapan getah Tokyo di Bursa Komoditi Tokyo (Tocom).

“Penyusutan pada harga getah di Tocom, yang mempengaruhi pergerakan harga getah global, dibebankan oleh kejatuhan pada saham dan harga minyak,” katanya dilaporkan agensi Bernama.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR20 naik lima sen kepada 764.5 sen satu kilogram sementara susu getah pukal susut 2.5 sen kepada 550 sen satu kilogram.
Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang melihat gred tayar SMR20 naik setengah sen kepada 760.5 sen satu kilogram sementara susu getah pukal menyusut 3.5 sen kepada 548 sen satu kilogram.

Sudahlah ‘perit’ menoreh tidak tentu masa, musim tengkujuh yang tiba membawa pelbagai masalah sosial yang menambahkan kesempitan hidup untuk ‘bernafas’ lega.

Getah yang ditoreh dibiarkan beku, sementara menunggu waktu, getah dikebun ‘hilang’ dikebas orang.

Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Setiu Abdul Raof Mohamad mengesahkan, berlaku banyak kejadian jenayah kebelakangan ini di persekitaran kampungnya, Kampung Jelapang, Langkap.

“baru-baru ini, ada seorang dah kena ‘cekup’………… amanlah sekejap setakat ini, sebelum itu, banyak kejadian,

“pecah rumah, kecurian……….. ada penoreh getah yang mengadu, getah ‘beku’ mereka yang ditinggalkan beberapa hari menunggu masa untuk dikutip, hilang!,”ujarnya

Yang paling teruk, kata beliau, selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Kerajaan memang ‘sokmo’ berkata, walaupun harga minyak naik, harga barang-barang dan perkhidmatan tidak meningkat.

Tapi, kata beliau, apa yang berlaku di bawah, dalam masyarakat kampung, kenaikan harga barang tetap berlaku, walaupun kecil tetapi meliputi beberapa jenis barang keperluan harian.

Kampung_Langkap_Setiu_Terengganu“ditambah lagi dengan penarikan subsidi gula, harga gula dah jadi ‘gila’ naik sampai 34 sen, sekarang semua dah mula berasa,

“naik ‘makan’ teh kena ‘kuca’ gula, nak makan kuih manis mesti campur dengan gula, orang kerja kampung banyak minum air manis sebab kerja guna ‘reng’ (tenaga) di sawah dan dikebun,”ujarnya lagi.

Pak Tani yang menoreh getah, amat terkesan dengan harga getah yang semakin tidak menentu.

Pesawah terkesan dengan harga gula yang meningkat, minum kopi ‘O’ kurang gula, tak puas bagi mereka.

Anak bini Pak Tani dan pesawah, sudah mula ‘menengung’ sebab musim sekolah sudah hamper tamat.

Sesi baru akan dibuka dalam sebulan setengah lagi.

Semuanya nak diganti, dibeli baru, kalau tidak semuanya, sebahagian akan terpaksa dibelanjakan untuk membeli peralatan sekolah.

Orang kerja kelapa sawit macamana? Serupa juga.

“Harga komoditi Sawit pun menghadapi masalah…………..,”kata Raof lagi.