Dari Masjid Rusila – Kuliah 1 Rejab 1437

1694
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/masjid%20rusila.jpg

Fiqh Harakah.

1. Setelah dibincangkan mengenai perkahwinan Nabi kita dengan Khadijah, kini kita akan membincangkan perihal Khadijah, isteri pertama Nabi kita.

2. Siapakah Khadijah ?

a) Khadijah adalah orang yang paling awal beriman. Khadijah bersama dengan nabi ketika wahyu diturunkan. Beliaulah yang menyediakan makanan kepada nabi kita di saat nabi beruzlah di Gua Hira’ untuk keluar daripada kegelapan jahiliyah dengan mengikut syariat nabi Ibrahim.

b) Khadijah membenarkan Nabi di saat masyarakat Arab menyatakan nabi seorang pendusta, kerana membawa Islam.

c) Khadijah menyumbangkan hartanya, dia berniaga, di saat Nabi sibuk berdakwah.

d) Khadijah memiliki keempat-empat kelebihan seorang wanita. Harta, bangsa, cantik dan agama. Tetapi nabi berkahwin dengannya kerana ketinggian akhlaknya. Nabi tidak berkahwin lain ketika Khadijah masih hidup. Khadijah wafat ketika nabi berusia 50 tahun.

e) Rasulullah mendapat enam orang anak bersama dengan Khadijah. Seorang lagi anak Nabi adalah daripada isterinya yang bernama Mariam Kibtiah.

3. Perempuan soleh lebih baik daripada dunia dan isinya. (Al -hadith)

Tafsir Surah Kafirun

1. Surah Kafirun ialah surah Makiyyah. Sebab Nuzul ayat ini ialah ;

Apabila pemimpin Makkah bertemu dengan nabi untuk berunding supaya tidak berlaku pergaduhan. Tahun ini kamu (nabi) sembah Allah, tahun depan kita termasuk kamu (nabi), sembah dan ikut agama kami pula.

1. Islam tidak boleh bercampur sama sekali. Perpaduan kita ada batas. Batas kita dengan Allah. Allah berfirman ;

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

Orang kafir di sini sama ada kafir kitabi (Yahudi dan Nasrani yang menerima peraturan lain daripada Allah), ataupun kafir Musyrikin (yang menyembah berhala, Aku (muslim) tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu (kafir) juga tidak menyembah Allah. Mereka menyembah patung2 kerana apabila diusung batu-batu patung itu, mereka tetap akan menghadap batu tersebut. Adapun kita orang Islam bukan menyembah batu Kaabah. Buktinya, sekiranya dirobohkan batu Kaabah, kita tetap akan menghadap ke Makkah al Mukaramah bukannya batu Kaabah.

2. Kemudian Allah berfirman ;

وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Mengenai pengulangan kali kedua, ada ulama berpendapat iaitu maksud ayat sama, cuma ianya sebagai penegasan. Dan ada ulama yang menyatakan ayat ini menunjukkan sekiranya berlaku pula akan datang, maka Islam tetap tidak akan dapat bercampur dengan kekafiran. Menunjukkan sekiranya berlaku perundingan aqidah ini di zaman Makkah, mahupun di zaman Madinah, begitu juga di zaman kini, Islam tetap tidak boleh bercampur dengan kekufuran.

3. Dan kekafiran itu satu, iaitu kafir. Walau apa sekali pun namanya, kafir tetap akan menentang Islam. Sama ada namanya Buddha, atau lain-lainnya.

4. Orang Islam tidak boleh sekali-kali mengikut agama lain, mesti mengikut Islam, peraturan yang ada di dalam Islam. Kerana Islam adalah penyelesaian kepada segalanya.

Abdul Latif Al Marangi,
8 April 2016.