Rakyat DUN Sadong Jaya ‘Dianak Tirikan’ Kerajaan BN

2375

BATANG SADONG – Jeti lama di Kampung Jaie, dalam daerah kecil Sadong Jaya dekat sini telah diganti dengan yang baharu, hasil usaha calon PAS bagi DUN tersebut Cikgu Asan Singkro.

Dengan bantuan dari pasukan negeri pembantu, sukarelawan PAS Terengganu, premis untuk rhat dan pertemuan penduduk setempat itu telah dibaik pulih.

cikgu asan2“(kita) sedang bergotong royong untuk memperbaiki jeti di Kampung Jaie ini (kerana) jeti ini sebelum ini agak uzur,

“tempat ini merupakan pusat pertemuan diantara masyarakat kampung sini petang-petang,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat kerja-kerja gotong royong yang sedang dibuat oleh penduduk kampung bersama para petugas PAS dari negeri Terengganu.

Dengan usaha itu, kata beliau, semoga ia akan dapat merapatkan hubungan silaturrahim para penduduk dipersekitaran kampung tersebut.

“(dengan pembaikian jeti ini) akan dapat memesrakan lagi hubungan diantara mereka jadi mudah-mudahan,

“ia akan dapat merapatkan lagi hubungan antara masyarakat di sini,”jelasnya.

cikgu asan4Pada Rabu lalu, Cikgu Asan seorang bekas seorang guru dan Pegawai Pendidikan Daerah telah diumumkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ke-11.

Beliau merupakan seorang pakar pendidikan yang mempunyai Ijazah ‘Master’ dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, selama 14 tahun.

“tidak kurang dari lapan buah sekolah di daerah Asa Jaya yang pernah saya mengajar, kemudian saya bertugas di Maktab Perguruan selama 14 tahun,

“dan berpencen pada tahun 2011, setelah kembali berkhidmat di sebuah sekolah di sini,”kata beliau.

Justeru, pengalaman panjang beliau dalam sektor pendidikan itu, Cikgu Asan berhasrat untuk membuka sebuah pusat pendidikan bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman penduduk setempat.

cikgu asan3Namun begitu, beliau sangat dukacita dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung, seolah-olah mereka di’anak tirikan’ oleh wakil rakyat semasa.

“sebagai bekas pegawai kerajaan saya agak kecewa dengan prestasi dan sikap ADUN Sadong Jaya dan ahli parlimen Batang Sadong, yang tidak melakukan apa-apa usaha bagi menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat,

“masalah saliran dan tebatan banjir tidak diberi tumpuan oleh YB sehingga apabila hujan turun lebat sedikit, air bertakung menyebabkan banjir,”katanya.

Kata beliau, ia bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada individu malah menyebabkan kekurangan hasil kepada negeri apabila para petani tidak dapat turun ke kebun kerana banjir.

https://youtu.be/brVSd3DnSzc