‘Cubcross Endurance Challenge’ Uji Fizikal Anak-anak Muda Felda

3643

Oleh: Wan Ibrahim Wan Mamat
Foto: Fauzan Ramli

DUNGUN – Gugusan Kerteh ‘Endurance Challenge 2017’ begitu mencabar ketahanan minda dan fizikal anak muda apabila berlangsung dalam keadaan hujan dan litar yang mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia adalah satu riadah yang terbaik untuk sukan permotoran.

“Kejohanan yang diadakan dalam usaha menarik minat remaja menyertai aktiviti sihat mampu menjadi platform terbaik,

“bagi mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut, yang julung-julung kali diadakan pada Sabtu 9 Disember.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu itu juga turut memberi ingatan agar para pemuda tidak leka dan mengikuti perkembangan isu semasa.

“Disamping anak muda berseronok dengan dunia mereka, jangan dilupakan tentang isu bumi Palestine hari ini yang semakin ditekan oleh Zionis.

“Disana, golongan muda adalah benteng utama yang bermandi darah mempertahan tanah suci ketiga umat Islam,” tegas beliau mengecam tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel.

Selain dapat mempamerkan semangat sikap saling membantu dan setiakawan yang tinggi, di litar Motorcross Bukit Sejuk Ketengah Jaya.

Seramai 39 orang penunggang menyertai kejohanan anjuran bersama NGO Generasi, Pemuda PAS Paka dan Pemuda Kemasik telah mempamerkan aksi yang mantap dan mencuri perhatian penonton yang hadir.

Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah 1 Majis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.

Sehubungan itu Ir. Shaiful mengcapkan syabas atas penganjuran aktiviti tersebut yang ini secara langsung dapat membasmi gejala tidak bermoral dalam kalangan remaja.

“Pemuda PAS menitikberatkan soal pengukuhan jatidiri anak muda sebagai tonggak masa depan negara.

“Kita mengharapkan anak muda terus memberikan sokongan kepada PAS dan menyertai kejohanan seumpama ini pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi NGO Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Felda Ketengah Jaya Sdr Mohd Rusman M Rani berkata, sokongan anak-anak Felda khususnya di gugusan Kerteh kepada PAS sangat memberangsangkan.

“Orang muda Felda mampu memberi kemenangan kepada PAS DUN Kemasik dan mengekalkan kemenangan di Dun Paka bagi menentukan halatuju negara yang lebih baik dan membangun bersama Islam,” ujarnya.

Turut hadir ialah PAS Paka, Fauzan Ramli dan Timbalan Pengarah ‘Endurance Challenge’ Mohd Shahrim.