Bukan Kerajaan Baharu PAS Naikkan Cukai Penjaja

5522

BESUT – Kerajaan Baharu Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak menaikkan Cukai penjaja yang digembar gemburkan oleh para peniaga yang berniaga di bazar ramadhan.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja YB Mohd NurKhuzaini Ab Rahman berkata, kutipan cukai sebanyak RM 72 yang dikenakan setiap para penjaja bukan daripada arahan kerajaan negeri tetapi ianya merupakan implimentasi kutipan cukai yang sudah ada di bawah akta undang-undang kecil Majlis Daerah.

“Pada sebelum ini, para peniaga memberitahu bahawa cukai penjaja tidak dikuatkuasakan,

“dan mereka mengatakan seolah-olah ada ancaman sabotaj disitu untuk mengaburkan mata rakyat bahawa ini adalah tindakan daripada kerajaan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa ditanya tentang isu semasa para peniaga dan penjaja negeri Terengganu, di Pejabat Daerah Besut pada Isnin, 28 Mei.

Katanya, kerajaan PAS akan membantu para peniaga, berbincang dengan ahli majlis yang baru agar tidak mengenakan cukai yang membebankan kepada peniaga.

“Saya nampak gambaran sekarang ini ada sedikit ketidak harmonian diantara penjaja dengan Majlis Daerah bukan di Besut sahaja kemungkinan daerah lain pun berlaku begitu,

“Jadi itu mungkin tugas saya dan kawan-kawan semua untuk meredakan keadaan ini dengan mencari titik persamaan dan pertemuan untuk mengharmonikan diantara penjaja dengan Majlis Daerah,

“dan kita tetap mengambil cakna serta menjaga kebajikan penjaja-penjaga walaupun pemerintahan PAS tidak sampai dua minggu lagi,” ujarya.

Menurutnya, tabung pinjaman usahawan merupakan salah satu daripada 20 manifesto PAS yang ditawarkan kepada rakyat.

“Saya pun dah berbincang dengan pihak Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) yang mengendalikan semua ini,

“dan pihak YPU sangat berbesar hati untuk melaksanakn benda ini cuma diperingkat kerajaan yang baru ini kita kena tengok dari sudut kewangan kerajaan,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan PAS menjanjikan dalam tempoh lima tahun pemerintahan untuk melaksanakan Manifesto PAS bagi membantu para usahawan.