Risiko Berlaku Perang Keempat Di Gaza

1335

Serangan terbaharu yang berlaku di Gaza pada saat ini, mungkin menyebabkan perang keempat yang berlaku diwilayah terkepung itu.

Seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza Nadir Al-Nuri berkata zionis merasakan ancaman daripada ‘Flotilla Freedom Ships’.

“(penduduk Palestin yang cedera) yang bertolak keluar dari Gaza pagi tadi, dengan menaiki beberapa bot dan dengan tujuan memecahkan kepungan Zionis di sebelah laut,

“Serangan yang berlaku dalam masa sejam dua yang lepas ini berbeza dan mungkin menyebabkan perang keempat di Gaza,

“Pihak Saraya Al-Quds dari kumpulan Jihad Islami di dalam Gaza ke arah tanah jajahan Israel adalah serangan balas apabila dua anggota mereka syahid dibom roket pesawat perang Zionis dua hari lepas di sempadan Gaza,

“dan semalam pula seorang rakyat Gaza yang dikatakan mendekati pagar pemisah Gaza-Israel ditembak mati,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya pada hari Selasa, 29 Mei.

Katanya, enam lokasi telah dibom dan pusat latihan ketenteraan Mujahidin serta sebuah sekolah kerajaan rosak.

Namun begitu, kata beliau, Flotilla ini telah menjangkaui lapan batu nautika, melebihi 3-6 batu nautika yang dibenarka, dikhabarkan telah terputus hubungan .

Menurut beliau, sejak 30 Mac lebih 111 penduduk mati syahid dan belasan ribu cedera dalam siri ‘The Great Return March’.

“Siri perarakan aman penduduk di pagar pemisah Gaza- Tanah Haram Israel untuk menuntut kepungan diangkat dan hak mereka hidup sebagai manusia dikembalikan,

“dan ‘dron’ tanpa pesawat zionis sedang berterbangan di udara serta tidak ada yang tahu di mana dan apa sasaran mereka seterusnya,” jelasnya.