Pesuruhjayanya, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata ia termasuk dalam tiga isu utama selain isu royalti petroleum dan isu tanah.
Beliau berkata, antara isu rasuah dan penyelewengan itu adalah, senarai panjang berhubung dengan bangunan rosak dan runtuh yang sering berlaku dibawah pemerintahan Umno dan BN.
“yang ketiga kita nak fokuskan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri…..macam (seperti) kes-kes (bangunan) runtuh (yang mempunyai) senarai yang panjang,”ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Ibai, pada Khamis 18 Oktober.
Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, salah satu isu tersebut adalah berhubung pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat yang telah siap dibina tetapi tidak boleh digunakan kerana tanah tapak sekolah tersebut mendap dan bangunan menjadi ‘tergantung’ serta tidak selamat.
Katanya, soalan beliau di Parlimen berhubung perkara itu telah dijawab oleh Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi yang mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulih bangunan SMKA Alor Limbat yang dibina dengan kos RM19 juta.
“soalan saya di Parlimen (berhubung) bangunan sekolah yang sudah siap, tetapi tak boleh digunakan. (Ada sekolah) siap tahun 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat ambil tanah RM1.6 juta buat bangunan RM19 juta, tak boleh guna kerana (tanah) mendap,
“saya tanya dalam Parlimen kepada Timbalan Menteri (Pelajaran)……kalau nak baiki (bangunan sekolah itu) berapa (kosnya)? (Dia jawab) kita perlukan lebih kurang RM15 juta,”jelas Haji Wahid.
Beliau berkata, kes tersebut sama seperti kes Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya, dimana pembinaan keseluruhan stadium tersebut adalah menelan kos sebanyak RM392 juta.
Namun, menurut beliau, apabila stadium tersebut runtuh bumbungnya, kerajaan Umno dan BN telah meminta peruntukan sebanyak RM120 juta untuk tujuan baik pulih.