HULU TERENGGANU – Pemimpin Umno khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang tidak berkata benar tentang pembinaan pembinaan hotel dan premis perniagaan di atas tanah Masjid Sultan Mahmud.
Beliau mendakwa Projek yang menelan kos sebanyak RM24 juta ini ujarnya telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Terengganu pada November 2016 dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.
Sedangkan pihak Majlis Daerah Hulu Terenggan menjelaskan, jabatan kerajaan itu tidak pernah meluluskan pembinaan terbabit.
Bahkan sebenarnya, pembinaan itu telah menceroboh tanah persendirian, yang sebelumnya pebah mendapat kelulusan kerajaan bagi membina 13 unit lot kedai.
Selain itu, Umno juga mendakwa pembinaan tersebut mendapat pembinaan tersebut mendapat sokongan orang ramai.


“saya telah menyerahkan kepada Pegawai Perancangan Bandar, Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), senarai yang menandatangani petisyen membantah pembinaan hotel dan rumah kedai ini,” ujarnya.
Antara mereka ialah Pemeriksa Kira-kira Masjid Sultan Mahmud sendiri, Manaf bin Lela (baju merah – gambar atas) yang berkata, beliau mambantah pembinaan itu sejak ura-ura ia mahu dibangunkan.
“kita memang tak setuju darioada dahulu llagi…..ura-ura tiga tahu dulu saya tak setuju dah……bukan sekarang!
“sebab kerajaan banyak pilihan………tanah-tanah lain banyak…..dia boleh buat sebab tanah dia……buka terdesak (nak bina atas tanah masjid itu),”tegasnya.


“kita pegang (kata) orang yang ‘wali-wali’…..orang dulu-dulu, sebuh dekat masjid nak buat holetl orang tua-tua tak setuju sangat,
“banyak masalah yang akan timbul kalau buat hotel dekat masjid,” jelas beliau.
Justeru itu, Haji Muhyiddin yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu menggesa agar pembinaan itu dihentikan sama sekali.
“Saya harap perkara ini dapat dihentikan, satu siasatan yang telus dapat diadakan dan saya juga pohon supaya,
“orang politik tidak campur tangan dalam menekan atau mengugut pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan kerja dengan jujur dan amanah,”ujarnya.
Oleh yang demikian katanya, orang ramai dan seluruh warga Kuala Berang serta masyarakat Hulu Terengganu diharap dapat bersama-sama menyertai bantahan aman yang akan diadakan diperkarangan masjid tersebut pada esok Jumaat 23 Jun.






























