KEMAMAN – Kepimpinan PAS baharu turun bersama-sama masyarakat setempat bergotong- royong sempena Majlis Berbuka Puasa di DUN Air Putih.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Cikgu Razak Ibrahim berkata, majlis tersebut diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa di Masjid Batu 2½ Mak Chili.
“kita juga menyampaikan sumbangan kepada 50 orang anak yatim untuk meringankan sedikit sebanyak beban mereka,” katanya.
Katanya, terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Masjid dan penderma serta kepada yang menjayakan program ini.
“Semoga Allah memberkati amalan baik kita pada bulan Ramadan ini,” ujarnya.