Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TETENGGANU – Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu Cikgu M Shukrimun Shamsuddin yang diserang angin ahmar minggu lepas, kini beransur pulih.
Beliau yang di temui di wad Kenanga 12, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh semalam, mengucapkan syukur kepada Allah.
“saya bersyukur kerana Allah saya beransur sihat……semasa saya berhenti di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Temerloh bersama isteri saya, tiba tiba tangan saya terasa kebas,
“dan tak mampu kancing baju saya…..cepat cepat saya ke kereta dan beritahu isteri saya dan terus tak sedar diri……sedar sedar dah kat katil hospital,” ujarnya menceritakan peristiwa yang berlaku.
Beliau berkata demikian ketia dikunjungi oleh Ahli Jawatankuasa Lunjah Kebajika Muslimat PAS Kuala Terengganu pada Ahad 21 Januari.


Isteri beliau Normaizan Hashim, yang ada ketika kejadian turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Beliau yang juga Setiausaha Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat Terengganu, mengalami masalah kandungan gula yang tinggi dalam darah (Diabetes).
“(sebelum itu) saya dah tiga empat hari tak selera makan dan tak sihat tapi tak sangka pulak bacaan gula dalam darah saya tinggi,
“menyebabkan saya terlalu lemah dan tidak dapat bertahan sehingga sampai Terengganu,” kata Normaizan.



























