Bebaskan Manoharan atau Satu Lagi Pilihanraya Kecil Yang Tidak Dikehendakki

806

Manoharan (gambar) telah menggambarkan,  beliau mungkin meletakkan jawatan sekiranya terus ditahan dengan akta kejam dan zalim itu.

Ketua Penerangan DAP, Tony Pua, menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin supaya membebaskan Manoharan dengan segera.http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/manoharan.JPG

“Sebaliknya, sekiranya berlaku satu pilihanraya kecil ‘yang tidak diperlukan’ yang membelanjakan banyak wang, masa dan tenaga, mengalihkan tumpuan negara dari masalah ekonomi sekarang,

“ia adalah kerana disebabkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memaksa peletakan jawatan itu dengan mengamalkan ISA yang mengizinkan tahanan tanpa perbicaraan,” kata Tony Pua dalam satu kenyataannya.

“DAP tidak boleh berbuat apa kecuali merasakan kasihan belas dengan dilema dan kepayahan yang dirasai oleh rakan kami yang telah dipilih oleh rakyat.

“kami juga menghormati pengorbanan dan kesediaan beliau untuk meletakkan jawatan serta mengembalikan kepentingan kepada kawasan yang diwakilinya,”tambah Pua.

Pua menegaskan pembebasan Manoharan akan membantu menurunkan kepanasan suhu politik tanahair, mengambil kira pandangan Perdana Menteri yang menyebut “terlalu banyak politiking dalam negara kita yang sepatutnya sekarang kita tumpukan untuk memulihkan ekonomi dn mengambil berat tentang kepentingan rakyat dan bergerak kehadapan, demi negara dan membawa Malaysia kepada kejayaan yang cemerlang,”

“Oleh itu, ia menjadi kepentigan utama kepada Dato’ Seri Hishamudin untuk membebaskan Manoharan, semua tahanan HINDRAF begitu juga semua tahanan di Kamunting dengan kadar seberapa segera bagi menglakkan pilihanraya kecil yang tidak diperlukan,”

“Lebih-lebih lagi, Dato’ Seri Najib telah pun mengakui ISA sudah tidak relevan buat masakini dan keperluan kepada suatu penilaian dan reformasi kepada undang-undang tersebut.

Oleh yang demikian, tidak masuk akal kepada Menteri Dalam Negeri meneruskan tindakan menahan rakyat Malaysia dibawah undang-undang zalim tersebut.