Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – PAS bertanggungjawab membantu anak-anak yatim dan fakir miskin bagi meringankan beban yang di tanggung oleh keluarga mereka.
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Nerus Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau berharap dengan sumbangan tersebut dapat mengembirakan mereka.
“Program beli belah raya bersama anak yatim dan fakir miskin adalah program tahunan yang saya buat sepanjang tahun semenjak saya jadi Ahli Parlimen,
“dan ini merupakan tahun yang ke enam saya buat,
“Cuma kali ini Pasaraya Hock Kee Seng diberi pilihan kepada anak-anak yatim untuk mencari barangan raya,” katanya.
Katanya, bajet yang diperuntukan sebanyak RM100 setiap orang dan seramai 200 orang di seluruh kawasan Kuala Nerus.
“Ini sebagai persediaan yang kita sediakan dan ada lagi program yang lain melibatkan anak -anak yatim yang mendapat habuan yang lain seperti pakaian dan wang tunai,
“dan yang penting kita membantu masyarakat yang berada di sekitar mereka serta jiran tetangga mereka,” ujarnya.
Menurutnya, beliau berharap seluruh rakyat janganlah melihat
tanggungjawab untuk membantu masyarakat hanya ketika berkuasa sahaja.
Tambahnya, tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab bersama yang telah di ajarkan oleh agama Islam.