Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diseru untuk membanjiri tapak Fastaqim 2.0 sebagai ‘signal’ yang mampu mengerunkan musuh.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, ianya akan mampu memberi gambaran yang jelas, bagaimana ramainya rakyat menyokong PAS.
“Dalam bahasa yang mudah, untuk mewujudkan gelombang yang besar, untuk memberikan suatu gambaran bukan sahaja kepada musuh,
“tetapi untuk menunjukkan (tentang) persediaan kita untuk menghadapi PRU 14 nanti,” jelas beliau.


Program tersebut yang diadakan di bangunan PAS DUN Sura bertujuan mengarah dan mengerahkan agar semua ahli dan penyokong PAS di kawasan Dungun hadir ke Himpunan tersebut yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 September di pantai Tok Jembal, Kuala Nerus.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berharap ia juga mampu mengobarkan semangat para petugas PAS untuk menumbangkan Umno dalam pilihan raya umum nanti.
“Tempat yang terpilih ini adalah tempat yang terbaik diantara lima atau enam lokasi yang terbaik yang dicadangkan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” jelasnya.


“kerana itu kita berhimpun……..kita tunjukkan kekuatan, kami berhimpun untuk menakutkan musuh Allah, musuh Allah adalah musuh kita,”
“maka sesiapa sahaja hendak bermusuh dengan perjuangan Islam…….kita akan bermusuh dengan mereka,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Dungun.





























