Banjir Terengganu Surut

1319

laporan terbaru portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan kedudukan banjir yang melanda daerah Kemaman sejak Jumaat kembali pulih pada petang Sabtu.

Namun, menurut Timbalan pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, Naraza Muda beberapa jalan di Hulu Dungun masih ditutup dan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan.

Beliau berkata demikian selepas melawat beberapa kawasan pada tengah hari sabtu 11 Januari.

IMG-20140111-WA0067Katanya, keadaan banjir yang melanda kampung Shukur semalam pulih sepenuhnya pagi tadi dan dan air sudah surut.

“di Kampung Pasir Raja, keadaan juga pulih sepenuhnya, namun ada penduduk yang menumpang di rumah saudara terdekat masih kekal,

“bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini……oleh itu jumlah mangsa yang tidak dapat ditentukan kerana tidak berpindah ke pusat pemindahan,”ujarnya.

Walau pun begitu, kata beliau, air sungai masih naik di Kampung Kuala Jengai dan Kampung Pelambur terputus perhubungan.

Naraza berkata, antara jalan-jalan yang masih dinaiki air adalah jalan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Minda dan jalan Kuala Jengai ke kampung Pelambur

Sehubungan itu, portal banjir Terengganu melaporkan, seramai 155 mangsa daripada 45 keluarga telahpun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada tengah hari.

Dengan perkembangan itu juga, tiga pusat pemindahan banjir di Balai JKKK Padang Kubu, Berek Kilang Padang Kubu dan Rumah Pegawai Sungai Mas yang dibuka di daerah itu Jumaat sudah ditutup.

Portal itu berkata banjir yang berlaku di daerah Kemaman itu adalah disebabkan limpahan air hujan.

Berita sebelumnya : Terengganu Dilanda Gelombang Kedua