Banjir Merebak, Dungun Sudah Dinaiki Air

1426

Hujan lebat dicatatkan di beberapa stesen hujan di daerah Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu menyebabkan sungai-sungai di daerah berkenaan kembali naik.

Menurut bikik gerakan JPS Haji Salleh Mamat,sungai Besut di Keruak dan di sungai Berang di Kampung Menerong telah melebihi paras amaran sebanyak 0.03m dan Sg. Telemong di Kuala Ping juga telah melebihi amaran sebanyak 0.01m dengan bacaan jam 8.00 19.31m.

“sungai Dungun di Pasir Raja juga menunjukkan kenaikan air sungai dan telah melepasi paras waspada sebanyak 0.62m (waspada 36.00m) dan Sg. Dungun di Kuala Jengai telah melepasi waspada sebanyak 0.50m.Kenaikan air sungai secara berterusan ini di sebabkan hujan lebat yang diterima awal pagi ini sekitar 20mm-65mm/jam.

tmp_IMG-20131210-WA0016-1689892034“jika sekiranya hujan lebat berterusan, beberapa tempat yang rendah boleh dinaikii air terutamanya di sekitar Kampung Pasir Raja, Dungun dan Kampung enerong, Kamoung Pengkalan Ajal, Kampjng Kuala Ping, Kg. Tok lawit di daerah Hulu Terengganu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Sementara itu, Setiausaha Majljs Tindakan DUN Sura Mohd Ibrahim telah mengesahkan beberap kawasan dalam DUN tersebut telah pun dinaiki air banjir.

“Taman Rakyat banjir semula, di Sura Gate dati simpang stesyen minyak Shell sehingga ke tapak pasar malam, di kawasan depan hospital dan sekitar Kampung Bunga Raya,

“dilaporkan lereng Bukit Bauk juga telah runtuh,”ujanya ketika dihubungi sebentar tadi.