KUALA TERENGGANU – Tiga pusat perpindahan banjir telah dibuka, satu di Kuala Terengganu dan dua di daerah Kemaman kerana banjir yang melanda, di negeri ini.


dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah serta SK Teluk Kalong serta SK Gong Tok Nasek telah menempatkan 87 orang mangsa.
Sehingga petang tadi, Empat orang dari satu keluarga telah berpindah di Kuala Terengganu dan 83 orang di Kemaman.
Hujan yang turun sejak subuh hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air akibat limpahan perparitan, yang bermasalah setiap kali musim tengkujuh.
Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setakat jam 12.00 tengahari, beberapa batang jalan telah dinaiki air, antaranya di Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, Jalan Ibrahim, Dataran Budaya Pantai Batu Burok.


Namun begitu, kata beliau, keadaan di kampung-kampung keadaan masih stabil namun berjaga-jaga.
“Sehingga laporan ini dibuat hujan telah berhenti namun cuaca masih gelap,” tambah beliau.
Di daerah Marang, laluan utama di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Merchang , mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan, pada waktu tengah hari.
Ia dinaiki air, ekoran limpahan air sungai dan air bukit, menyebabkan laluan di Serating dinaiki air hingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.
Dalam perkembangan yang sama, di Kampung Batu Penunggul pula, seorang penduduk, Rosmah Engah, 36, berkata, rumahnya dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda dan dipercayai ia disebabkan masalah perparitan tidak sempurna.


“Setiap kali hujan lebat melanda tanpa henti, kawasan rumah dan bahagian dalam rumah akan dinaiki air dan menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung susah bukan sahaja ketika air naik tetapi juga selepas air surut,” katanya.
Sementara itu, di hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dilaporkan turut dinaiki air, telah surut kembali pada sebelah petang.




























