Bajet Terengganu 2018; Bajet Untuk PRU, Tidak Menggambarkan Keadaan Sebenar

3103

KUALA TERENGGANU – Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah bajet pilihan raya umum (PRU) akan datang yang tidak menggambarkan keadaan sebenar, apa yang berlaku.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, ia hanya menceritakan tentang kejayaan yang tidak benar.

Menurutnya, hanya ‘propaganda’ yang cuba menggambarkan pemerintahan Umno dan BN situasi dalam keadaan yang baik, sebaliknya data yang dipetik Razif bertentangan dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negera (Department Of Statistic).

“kita tengok pembentangan bajet ia tidak dapat dinafikan (oleh pemimpij Umno sendiri) merupakan bajet menghadapi pilihan raya,

“derdasarkan statistik (data dan maklumat) banyak yang di sebut merupakan (hanya) ‘success story’ yang di ambil (dan) dipetik daripada sumber-sumber untuk menggambarkan Terengganu kita ini berada dalam ‘trek’ rekod yang baik,

“Tapi hakikatnya data-data yang dikeluarkan oleh ‘Department of Statistic’ Malaysia (2016) sendiri menggambarkan…….antaranya adalah GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar – KDNK) kita,

“Kita negeri Terengganu (sebenarnya) masih lagi negeri yang tercorot selepas daripada Pahang, Sarawak (dan) Terengganu nombor tiga dengan nilai 3.2% berbanding dengan kerajaan bernilai 4.2%,” tegasnya.

ADUN Paka itu berkata demikian ketika ditemui di Wisma Darul Iman, pada Khamis 14 Disember, hari terakhir persidangan.

Bahkan kata beliau, rakyat Terengganu sepatutnya rasa malu dengan negeri Kelantan, yang bentang bajet sebanyak RM696.9 juta sedangkan jumlah penduduknya adalah 1.8 juta orang dan keluasan negeri dan daerahnya lebih besar.

“tapi GDP dia 4.8% mengatasi kadar peringkat kebangsaan dan menyamai negeri Selangor, Selangor 4.8%. Kita masih lagi tercorot di nombor tiga terakhir,” jelas beliau.

Selain itu, kata beliau, kadar pengangguran di negeri Terengganu adalah berada pada nombor dua tercorot selepas pada Sabah.

Katanya, kadar penggangguran kita yang terlalu tinggi termasuk juga golongan siswazah yang mempunyai kelulusan, tidak ada peluang pekerjaan.

Oleh itu, beliau mempersoalkan sebenarnya ke manakah Bajet Terengganu tahun ini sebanyak hampir RM2 bilion tahun ini dan RM2.1 bilion tahun lalu serta hampir RM10 bilion pada penggal ini, dibelanjakan?

“Jadi sebenarnya bajet kita (hampir) RM 2 bilion (tahun ini), RM2.1 bilion (tahun) sebelum pada ini…….ke mana sebenarnya arah pengaliran wang tersebut?

“Yang kita tengok kadang-kadang (ia) habis (dibelanjakan) kepada projek-projek yang tidak menjana, (membawa pulangan kembali) kepada rakyat,

“Contonya isu yang melibatkan (pembangunan) di Kenyir dan kita rasa semua banyak kewangan yang dialirkan ini tak sampai kepada golongan sasar,” kata beliau.

Justeru beliau kesal kerana katanya, sehingga akhir persidangan dan penggal Dewan Undangan Negeri kali ini, masih banyak persoalan tentang ketelusan yang tidak terjawab.

Katanya, soalan-soalan yang diutarakan masih banyak lagi yang tidak diberi jawapan pihak kerajaan.

“Bila kadang-kadang (ada) banyak jawapan-jawapan yang mungkin kalau orang tak tahu, (dijawap) sebagai data yang mengaburi (pandangan) sahaja dari kalangan masyarakat.

“Contohnya melibatkan pinjaman (pelajaran)…..sebenarnya tidak ada pinjaman Yayasan (Terengganu) baharu. Ada dimaklumkan 13 orang (dapat) tapi dalam jawapan (yang diberi seramai) 600, 400, 300 orang (dapat pinjaman),

“sebenarnya itu merupakan pelajar-pelajar yang ditaja sebelum daripada ini yang belum habis lagi peringkat pengajian,

“tapi pelajar-pelajar baru sudah tidak ditaja oleh pihak Yayasan Terengganu,” jelas beliau lagi.

Sedangkan, tambah beliau, memberikan pinjaman pendidikan kepada para pelajar merupakan aset penting kepada rakyat Terengganu, untuk masa depan Terengganu dengan lahirnya siswazah bependidikan yang tinggi dan berkemahiran dalam semua bidang.