Ramai yang ragu-ragu adakah Islam boleh menang ataupun tidak?. Sedangkan bilangan kita sangat sedikit dibandingkan dengan bilangan pihak musuh mencecah bilangan yang ramai.
Dikala itulah nabi SAW perkukuhkan keyakinan, kita akan mampu untuk mara mencapai kemenangan sehingga para sahabat pada waktu tersebut muncul perasaan yakin, perasaan tenteram. Maka Allah SWT menurunkan ayat contoh tauladan yang ada pada nabi SAW.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua… Tepoh berusaha untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Enakmen Perbekalan 2018 bagi kerajaan negeri Terengganu dengan memberikan penekanan terhadap kebertanggungjawaban semua pihak bagi melahirkan negeri Terengganu Darul Iman yang benar-benar berjaya.
Sebab itu kita sangat memerlukan ahli politik yang berdaya khidmat ataupun dengan izin ‘service oriented’. Bukannya ahli politik yang berdaya manipulasi. Apakah perbezaan diantara dua ahli politik ini?.
Ahli politik yang berdaya khidmat, mereka akan berusaha gigih bagi memastikan kepentingan rakyat dipelihara dengan baik dan bukannya manipulasi dengan kuasa yang ada. Dengan apa yang dimiliki untuk kita membina kekayaan sendiri ataupun untuk membina kemewahan sendiri.
Selain daripada ahli politik negara dan negeri yang berjaya, yang sihat sangat memerlukan kepada golongan usahawan. Tetapi usahawan yang kita perlukan adalah usahawan yang berdaya ‘explorasi’. Bukannya usahawan yang berdaya ‘ekploitasi’.
Apa beza diantara usahawan ‘explorasi’ dan usahawan ‘ekploitasi’? usahawan explorasi adalah usahawan yang kreatif.memanfaatkan rung yang ada untuk menciptakan kemenangan. Berusaha secara jujur dan amanah didalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ahli perniagaan samada digelar sebagai usahawan ataupun digelar sebagai ’bisnesmen’.
Tetapi malang bagi negeri ataupun negara, kalau kita memiliki usahawan yang berdaya ‘ekploitasi’. Memanfaatkan hubungan ‘networking’ bersama dengan ahli politik. Menabur rasuah. Menyalahgunakan kesempatan yang ada sehingga menyebabkan berlaku kerencatan didalam membawa pembangunan yang baik untuk negeri ataupun negara.
Tidak terhenti setakat ahli politik dan tidak terhenti setakat usahawan. Kita memerlukan kepada rakyat yang bergelar sebagai pengguna yang bijak. ‘smart consumer’ ataupun kita perlu menghalang rakyat yang menjadi pengguna yang mudah untuk dimanipulasi ataupun yang mudah untuk dipijak.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….
Saya memulakan pendahuluan untuk perbahasan ini bagi memberikan gambaran. Bukan untuk menyindir bukan untuk menuduh tetapi untuk mengambil semangat kebersamaan samada kita bergelar sebagai ahli politik ataupun pentadbir.
Kita mesti ada kebertanggungjawaban seperti ini supaya kita mencontohi nabi SAW dalam gaya berpolitik. Didalam kita membawa mesej pentadbiran. Didalam kita menguruskan amanah mestilah mengambil semangat yang ditinggalkan oleh nabi SAW.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….
Berbalik kepada bajet 2018, setahun dua ini kita seringkali dipegunkan dengan pelbagai istilah memukau yang dibawa sepanjang ucapan bajet.
Sebagai contoh, pada point yang ke 89, 13 projek ‘Low Hanging Fruits’ (Pokok buah-buahan rendah yang mudah dipetik) telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar.
13 projek ini menggunakan istilah ‘Low Hanging Fruits’ sama seperti didalam bajet 2018. ‘Task point’ yang digunakan juga adalah ‘ Low Hanging Fruits’.
Apa yang saya ingin tegaskan Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua … sekadar tiga contoh daripada 13 projek yang dinyatakan.
1. Sektor Bioteknologi.
– Projek makanan ternakan Hidbrid di Setiu. Pelaburan swasta bernilai RM 27 juta. Mewujudkan peluang pekerjaan 895.
2. Sektor Pembuatan.
– Projek Aviation, Maintenance, Repair and Overhaul (MRO). Pelaburan swasta bernilai RM 229 juta. Membuka peluang untuk 600 peluang pekerjaan.
3. Membangunkan Hub Kargo Udara Serantau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Pelaburan swasta bernilai RM 165 juta. Peluang pekerjaan 895.
Tidak perlu saya membilang kesemua 13 ‘Low Hanging Fruits’ ini. Cukuplah tiga contoh ini. Ia tidak dilihat sebagai ‘Low Hanging fruits’ seperti yang dinyatakan didalam buku ucapan bajet 2017 apatah lagi didalam ucapan bajet 2018.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …
Jumlah pelaburan yang diperolehi sepanjang tahun 2017 hanyalah tiga pelaburan sahaja. Yang membawa jumlah pelaburan tempatan sebanyak RM 20 juta kemudian jumlah pelaburan asing RM 35 juta. Yang membawa jumlah keseluruhan hanya RM 55 juta.
Ertinya ‘Low Hanging Fruits’ ini tidak berlaku. Macamana untuk mudah dicapai? Bagaimana untuk mudah digapai?. Dalam keadaan 13 perkara yang disenaraikan ini, dilihat tidak memberi kesan yang besar kepada rakyat negeri Terengganu.
Kita boleh melihat kalau dibuat ringkasan ‘Low Hanging Fruits’ 2017, jumlah pelaburan yang bakal diterima adalah RM 8 .6 billion. Jumlah peluang pekerjaan yang bakal di perolehi adalah 11,523 tetapi apa jadi dengan ‘Low Hanging Fruits’ yang telah ditawarkan didalam bajet 2017?.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …
Bercakap soal kecekapan. Tentu sekali kajian kes bas Amphicoach menarik perhatian banyak pihak. Antara perkara yang dewan boleh memberikan perhatian, yang pertama syarikat pembekal iaitu Alam Perkasa Teknologi Sdn Bhd yang telah berjaya mendapat tawaran kerja membekalkan Amphicoach untuk kerajaan negeri Terengganu.
Semakan yang kami buat syarikat ini telah ditubuhkan pada 27 Mac 2014. Idea untuk membawa Amphicoach adalah pada akhir 2013.
Syarikat yang baru ditubuhkan yang tidak pernah diketahui prestasi kerja membekalkan bas ataupun kenderaan, bagaimanakah jawatankuasa tender boleh meluluskan (syarikat) Alam Perkasa Teknologi Sdn Bhd untuk mendapat peluang membekalkan Amphicoach dengan harga RM3.3 juta.
Apatah lagi didalam semakan kita, ‘Nature Of Business’ (jenis perniagaan) yang telah dibawa oleh Alam Perkasa Teknologi Sdn Bhd, Land and water bus provider to the Terengganu State Government (Pembekal bas kegunaan darat dan air untuk Kerajaan Negeri Terengganu), itulah sahaja bidang tugas yang telah dia ada.
Tidak diketahui pengalaman lampau. Tidak diketahui prestasi sehingga menyebabkan kita bersetuju untuk ‘terminate’ (tamatkan).
Daripada sudut perancangan yang komprehensif sebagai petunjuk rancangan untuk memiliki Amphicoach yang mempunyai satu pelan perancangan yang kukuh.
Dewan menyaksikan Amphicoach ini akan digunakan di Tasik Kenyir. Ertinya justifikasi yang digunakan untuk membeli Amphicoach Tasik Kenyir. Merancakkan pembangunan pelancongan supaya Amphicoach menjadi daya tarikan untuk pelancong berkunjung ke Tasik Kenyir.
Tapi kita lihat apa yang berlaku. Daripada sudut perancangan yang tidak komprehensif inilah yang menyebabkan kita telah mengubah daripada Tasik Kenyir sampai ke Taman Tamadun Islam (TTI).
Kita tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Tetapi yang kita mempersoalkan justifikasi dahulu.
Kita seperti tidak ada satu pelan jangka masa yang panjang yang cukup konfrehensif yang cukup baik untuk kita laksanakan tanggungjawab bagi membangunkan pelancongan di Tasik Kenyir dan seumpamanya sepertimana yang telah dicadangkan.
Oleh kerana itulah projek dibuka baru walaupun telah siap, Alhamdulillah untuk membina Peluncur Serbaguna bagi kenderaan Amphicoach di Taman Tamadun Islam.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….
Sedikit persoalan berkenaaan dengan Pusat Bebas Cukai Tasik Kenyir. Ogos 2018 dikatakan akan dimulakan operasi secara rasmi. Perbelanjaan ratusan juta ini amat perlu di bangkitkan oleh Dewan secara berterusan.
Ia … kita pernah mengemukakan soalan. Kita pernah membicarakan soal ini tetapi kerana perbelanjaannya yang sangat besar maka kita perlu untuk timbulkan balik supaya kita dapat memberikan perhatian dengan semangat ‘value for money’ yang telah kita keluarkan untuk membangunkan Tasik Kenyir.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….
Dua eleman penting pembangunan Tasik kenyir iaitu Pusat Bebas Cukai. Di Pulau Bayas dan juga di elemen insfrakturtur sokongan yang berada di Pengkalan Gawi juga Pulau Poh.
Kedua-dua projek ini saya yakin dia telah mencecah malah melebihi RM 500 JUTA. Secara jujur saya ingin dapatkan sekali lagi penjelasan pihak kerajaan negeri Terengganu terhadap Pusat Bebas Cukai di Pulau Bayas.
Adakah lokasi tersebut yang dimaksudkan oleh pihak kerajaan untuk beroperasi pada Ogos 2018? Saya ulang balik. Adakah Pusat Pembangunan Bebas Cukai di Pulau Bayas adalah tempat yang dimaksudkan untuk beroperasi pada bulan Ogos 2018 atau ada tempat yang lain dicadangkan seperti di Pulau Poh dengan adanya bentuk-bentuk baru kanopi yang telah dibina.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …
Saya ingin menyentuh berkenaan dengan soalan-soalan saya yang telah ditolak. Berhubung dengan syarikat tempatan yang mendapat kontrak serta manfaat secara langsung dari pembangunan projek kerajaan negeri.
Sekadar ingin tahu kerana soalan tersebut telah pun ditolak. Mungkin pihak kerajaan negeri sudi untuk memberikan penjelasan semasa penggulungan.
Berapakah bilangan syarikat kontraktor perunding yang ditubuh atau dialih operasi kerana kekangan mendapat projek kerajaan negeri menyebabkan pemain industri ini perlu berhijrah untuk mempertahankan bisnes?
Yang kedua … apakah langkah mendatang yang diambil perhatian agar industri pemain tempatan lebih diberi keutamaan berbanding syarikat luar seperti yang di buat oleh Serawak yang hadkan penglibatan orang luar hanya kepada skop bidang khusus yang tertentu sahaja.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….
Sebagai penutup apa perkembangan yang diusahakan oleh pihak kerajaan untuk mengambil sikap yang serius bagi menyelamatkan pantai Terengganu yang berada dibawah ancaman disepanjang jajaran Pantai Mengabang Telipot, Pengkalan Maras dan Mengabang Telong. Isu ini seringkali telah dikeluarkan.
Dan saya juga telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, berkenaan dengan projek RM 90 juta diluluskan oleh pihak ‘federal’ (kerajaan Pusat) dan pada minggu ini akan di ‘award’kan ( dianugerahkan) kepada kontraktor yang berkenaan.
Cuma saya ingin mempersoalkan beberapa perkara untuk dijadikan perhatian Dewan. Yang pertama mengapa ketika waktu teduh ataupun bukan ombak yang mengganas , pada waktu tersebut kita membiarkan projek ini tanpa kita melakukan baikpulih yang sebaiknya.
Yang kedua. Kenapa pada waktu baikpulih secara ‘emergency’ ini batu-batu yang dibekalkan pada waktu tersebut merupakan batu-batu yang sangat kecil yang bukan saiz untuk mempertahankan pantai.
Yang ketiga. Saya mengharapkan supaya kita jangan terus untuk menjadikan pantai ini dengan batuan yang besar sepanjang jajaran dipantai Terengganu tetapi berusahalah untuk mengambil formula Pantai Batu Burok, Pantai Teluk ketapang supaya pasir secara semulajadi boleh untuk dibawa ke pantai yang indah satu ketika dahulu.
Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …
Saya menghormati atas permintaan untuk saya menamatkan ucapan maka saya berhenti setakat ini. Mudah-mudahan pihak kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap perkara yang telah saya sebut dan nyatakan sebentar tadi.
Terima kasih … Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
*** Ucapan Perbahasan Bajet 2018, ADUN Tepoh UB Ustaz Hishamuddin Abd Karim





























