Aziz Dapat Nama ‘ Suria Permata Kenyir’ Dalam Mimpi

4460

“sebenarnya idea ni dah lama dah tersimpan, kerana asalnya saya mula mengenali Kenyir ni sejak tahun 1988 lagi……saya mengikuti (arwah) ayah saya yang mengusahakan rumah terapung yang terletak di Galung,

“jadi waktu tu…..setiap hujung minggu beliau ajak menemani beliau, pandu kereta di tengah malam sampai pagi di sini,”Aziz.

Katanya, rutin itu berterusan selama tiga empat tahun sehinggalah pembalakan dalam air dan kawasan rumah terapung itu dijadikan kawasan ‘petak’ balak.

Begitulah kisahnya bagaimana pemilik bersama rumah bot (house boat) Suria Permata Kenyir Abdul Aziz Abd. Rashid, 38, mula menguasahakan perkhidmatan rumah bot.

Aziz yang dilahirkan di pekan Jabi, Besut, telah dibesarkan di Kuala Lumpur, dan kembali semula menetap di kampung halamannya setelah ayahnya meninggal dunia,

Beliau (gambar kanan baju merah) yang juga Ketua Kebajikan PAS DUN Jabi berkata, cabaran paling besar baginya memulakan perniagaan itu ialah mencari modal.

Bukan senang baginya untuk mencari modal membina bot umpama rumah itu, yang memakan belanja sebanyak RM350,000.00.

Beliau dan rakan kongsinya mengambil masa kira-kira dua tahun, secara berdikit-dikit menyiapkan bot tesebut.

“ia mula dibina pada bulan Mac tahun 2014 dan siap pada bulan Oktober 2016 dan kami memulakan pelayaran pertama pada bulan tersebut,

“baru tiga bulan beroperasi dan saya mengusahakan bot ini bersama seorang rakan kongsi, orang Kuala Berang…..dengan kadar kemampuan kami,”

“sebab tu pembinaan bot ini mengambil masa yang lama, ada modal sedikit kami buat sedikit,”kata beliau yang sama-sama mengikuti program ‘Retreat’ Media Terengganu 2017, anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) pada minggu lalu.

Aziz sangat seronok mendengar kuliah dan pengisian program KAMI, bahkan katanya beliau dapat mempelajari ilmu-ilmu kewartawanan yang disampaikan, terutamanya daripada Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob.

Beliau mengakui, mengikuti seluruh jadual permukiman NGO media selama tiga hari dua malam, walaupun secara ‘curi-curi’ selaku pengendali bot, memberikan pengalaman ‘luar biasa’ kepada beliau.

“seronok dapat menimba ilmu kewartawanan……..walau tumpang-tumpang dan curi-curi dengar pun, banyak pengalaman baru yang saya timba,

“memang satu peluang keemasan (bagi saya) kalau nak cari sendiri benda (ilmu) ini tak akan berjumpa……tiba-tiba mari kepada kita ilmu ni, syukur alhamdulillah,”ujar Aziz, ceria.

Justeru itu, katanya, Suria Permata menawarkan dua pakej pilihan kepada mereka yang mahu mendapatkan khidmat ‘house boat’ itu.

Katanya para penyewa boleh melayari tasik Kenyir sendang bermalam di atas bot itu dengan tanpa makanan dan minuman atau dengan pakej lengkap.

“yang pertama tanpa makan dan minum……..maknanya penyewa bawa makanan dan minuman sendiri, masak dan hidang sendiri, selama sehari semalam dengan harga RM1800 dan tiga hari dua malam dengan harga RM3400,

“pilihan kedua pula……pakej yang lengkap sekali dengan makan dan minum kami ambil dengan kiraan satu kepala, setiap orang untuk dua hari satu malam dengan harga RM230 dan untuk tiga hari dua malam dengan bayaran RM400 seorang,”jelas beliau.

Katanya, minima jumlah penyewa untuk pakej lengkap yang diperlukan adalah sekurang-kurang 16 orang bagi setiap pelayaran.

Tambah beliau, bagi mereka yang ingin menerokai keindahan di Tasik Kenyir boleh menghubungi beliau sendiri di talian 012-929 1530 atau rakan kongsinya Azman Zahari di talian 013-4300477 atau 012-6060477.

Apabila ditanya, ‘house boat’ itu mendapat nama ‘Permata Suria’ yang indah itu, Aziz berkata, “saya dapat dalam mimpi saya,”.