Anak Muda Di Perantauan, Mahu Balik Bekerja Di Terengganu

3329
Wan Mohd Dzulmie Wan Baharom....mahu pulang

Oleh : Adli Mohamad.

KUALA LUMPUR – Kehidupan di Kuala Lumpur penuh mencengkam disaluti cabaran, menyebabkan ramai anak muda di perantauan mahu balik bekerja di Terengganu.

Wan Mohd Dzulmie Wan Baharom berkata, bajet yang dibentangkan baru-baru ini member pengharapan untuknya pulang bekerja di Terengganu.

“Saya mengikuti pembentangan bajet baru-baru ini, dan mengetahui peluang pekerjaan akan ada. Sudah lama berada di Kuala Lumpur, saya rasa tiba masanya untuk saya pulang ke Terengganu.

“Kehidupan disini tiada membela saya, saya bolehlah dikatakan miskin bandar walaupun tiada mencapai tahap fakir bandar,” ujarnya.

Beliau ditemui semasa menghadiri Perhimpunan Bantahan ICERD secara aman, di Pasaraya Sogo, semalam., turut memuji kerajaan PAS, yang dipimpin oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri.

“Saya berada di Kuala Lumpur ini mengikuti apa sahaja perkembangan terbaru Negeri Terengganu. PAS bagi saya akan tiba masanya untuk pimpin Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa mual dan jelek dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tiada membela nasib rakyat.

“Rasanya semua rakyat sudah mula sedar, kerana itu hari ini dapat dilihat, semua rakyat turun berhimpun. Hampir dua juta orang, bukan satu jumlah sedikit, PH tentu sudah gerun.

“Kerana itu jangan sesekali permainkan rakyat,” ulasnya.

Oleh itu, beliau menegaskan, akan pulang ke Terengganu bersama rakan-rakan yang lain, dan turut menyakini bahawa ramai akan pulang bekerja di Negeri Terengganu, kerana sudah sekian lama terhimpit di ibu kota, lebih-lebih lagi semenjak PH memerintah.