Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Ameerah DUN Rantau Abang menyerlahkan kemampuan mereka dengan menarik golongan muda untuk berseronok dan tidak kekok menyertai program yang dianjurkan.
Ketuanya, Husni Nabilah Dzulkefli berkata, walaupun pertandingan bola jaring ini merupakan kali pertama dibuat, penyertaannya kebanyakan terdiri daripada golongan bukan ahli PAS.
“Hampir semua peserta adalah bukan ahli PAS tetapi (mereka) minat dengan bola jaring dan akur dengan syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada Jumaat, 14 Disember selepas Pertandingan Bola Jaring Peringkat DUN Rantau Abang.


“Saya yang turut teruja menerima maklum balas positif daripada peserta yang meminta agar dianjurkan sukan-sukan lain juga,” jelasnya.
Justeru itu, Ameerah akan sentiasa mengadakan pertandingan sukan-sukan lain juga sebagai usaha dakwah untuk mengeratkan hubungan golongan wanita muda.




























