Ambang 2014; Pemuda PAS Anjur Ekspedisi Dakwah

1170

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyeru orang-orang muda seluruh negeri Terengganu bersama-sama mereka menyertai Ekspedisi Dakwah sebagai acara menyambut tahun baru 2014.

Setiausaha DPPNT Mohd Nasir Razak berkata, program hari ambang tahun 2014 yang dinamakan sebagai Hari XPDC Dakwah akan bermula dengan acara ‘Flashmob’, menyuarakan bantahan terhadapkenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Insya Allah sempena Hari XPDC Dakwah tersebut DPPNT akan mengadakan ‘Flashmob’ Isu Kenaikan Harga barang di Dataran Air Pancut Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah bermula jam 4.45 petang,

kalendar 2014“(kemudian diikuti) kuliah mahgrib khas dan solat hajat perdana bersama Ketua DPPNT, Ustaza Kamaruzaman Abdullah di Surau Ikhwan Flat Gelong Bilal,”ujarnya.

Menurut Nasir, ‘Street Dakwah Ambang Tahun Baru’ akan diadakan pada jam 10 malam, bermula dari tempat berkumpul, di hadapan Pejabat Pos Besar, Taman Shahbandar Kuala Terengganu.

Beliau berkata, selain mesej kebaikan yang akan disampaikan dalam acara ‘Street Dakwah’ itu, orang ramai akan mendapat sebuah kalendar istimewa DPPNT untuk tahun 2014.

Oleh itu, beliau mengajak semua orang-orang muda khususnya para pemuda bandaraya Kuala Terengganu untuk sama-sama menjayakan Hari Dakwah tersebut.

“Jangan lepaskan peluang ini, InsyaAllah kalendar istimewa DPPNT 2014 akan turut diedarkan, semua ‘Orang Muda Geng Kite’,

“Ayuh semua anak muda kita………..marilah sama-sama kita menjayakannya,”katanya