Allahyarham Seorang Yang Berani

2769

KUALA NERUS – Arwah ‘Kailo’ atau nama sebenar Khairul Nizam Abdullah ialah seorang petugas PAS yang memiliki sifat yang berani dan dedikasi.

Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, beliau kagum dengan keberanian Khairul, yang tanpa rasa takut menghadiri apa saja majlis, semata-mata untuk pendapat maklumat yang tepat terhadap sesuatu isu.

“Dengan kesugguhan beliau, walaupun kesihatan beliau tidak memuaskan, dengan sakit beliau, tetapi beliau tetap bersungguh,

“di dalam melaksanakan kerja-kerjanya dan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan baik,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui pada hari pengkebumian arwah, Jumaat 12 Januari di Tanah Perkuburan Bukit Tok Beng, dekat sini.

Ustaz Zakaria berharap lebih ramai ahli PAS yang dapat mencontohi ketekunan allahyarham dan menyeru agar para aktivis PAS mendalami bidang penulisan.

Walaupun menulis bukanlah bidang kerja asal beliau, namun kata Ustaz Zakaria, kerana bakat dan minat yang ada, serta kesungguhan ‘berjihad’, beliau mampu.

“tulisan-tulisan yang mengambarkan suara hati dan kesungguhan beliau di dalam bidang ini sangat menyentuh hati pembaca,

“peranan beliau sebenarnya banyak…sebelum ini melaporkan aktiviti-aktiviti PAS DUN Seberang Takir dan dapat disebarkan dengan cara lebih baik, samada di facebook atau Buletin Online,” jelasnya.

‘Hasil tangan’ beliau, katanya, telah menjadi satu sumber penerangan kepada ahli dan penyokong PAS untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat.

Juteru, mewakili PAS Terengganu, beliau melahirkan rasa ‘kehilangan yang akan dirindui’ dan berjanji MTD akan membantu meringankan beban keluarga almarhum.

“kepada ahli keluarga Allahlayarham….kita harap in shaa Allah dapat bersabar, dan tabah hati dalam menghadapi situasi yang ada,

“mudah-mudahan dengan kesabaran itu, Allah akan merahmati,” tambah beliau.