Aktiviti Lombong; Warga Bukit Besi Hanya ‘Makan’ Debu

3942

DUNGUN – Kesan debu merah sehingga satu inci di atas jalanraya ketika operasi berjalan, cukup meresahkan warga kampung di sekitar lombong bijih besi.

Dengan keadaan yang berdebu terutama ketika angin bertiup, menyesakkan dada terutama kepada golongan kanak-kanak dan warga tua.

Penduduk asal kampung tersebut, Mohd Apendi Mohd Nor, 63, berkata, lori yang mengangkut tanah mengandungi bijih tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum bergerak ke jalanraya.

“menyebabkan debu-debu merah yang melekat pada tayar lori mengotori pula jalan yang dilaluinya.

“Kesan yang paling ketara sejak lombong ini beroperasi ialah debu-debu merah yang menyelubungi jalanraya,

“Orang Bukit Besi hanya boleh ‘makan’ debu je lah,” kata beliau ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan kebimbangan, apabila beberapa pengusaha lombong tersebut didakwa akan memulakan semula operasi, setelah ia ditutup lebih setahun lalu.

(Mohd Apendi Mohd Nor)

“Sepatutnya pihak syarikat menyediakan ‘longkang’ takungan air untuk membasuh tayar lori yang penuh dengan debu merah,

“Maknanya lori akan masuk kedalam takungan air dan dibasuh tayarnya jadi semua debu-debu yang melekat ditayar akan tanggal barulah lori boleh naik keatas jalanraya”, jelas beliau.

Selain itu, beliau berkata, jalan-jalan yang dilalui lori terbabit turut pecah dan rosak dan aliran keluar air lebihan dari lombong berkenaan juga menyebabkan pencemaran.

Beliau turut kesal kerana, para pengusaha lombong hanya mengambil penduduk tempatan bekerja pada awal operasi, tapi sebaliknya, warga asing diupah mengambil alih tempat di dalam lombong.

“Pekerja tempatan dibuang dan digantikan dengan pekerja warga asing terutamanya dari Indonesia,”ujarnya.

Apendi menjelaskan, peluang pekerjaan di Bukit Besi ini amatlah terhad.

Katanya, kebanyakkan penduduk kampung tidak mempunyai pekerjaan tetap, manakala kilang papan yang ada pun diibaratkan ‘hidup segan mati tak mau’.

” Setahun adalah bekerja (kilang papan) dalam lima hingga enam bulan. Selebihnya ‘cuti’,

“Ada yang cari Candan …. ada yang masuk rok (hutan kecil) …. kecuali orang yang bekerja ‘kerajaan’,”tgasnya yang menggesa, kerajaan perlu memastikan anak-anak kampung Bukit Besi diutamakan.

Menurutnya, kira-kira 300 orang anak tempatan hilang pekerjaan apabila pengusaha lombong besi memberhentikan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan kerajaan negeri memberikan kawasan tambahan kepada para pengusaha lombong turut mengorbankan khazanah alam.

Namun begitu setelah habis kayu balak ditebang, tidak ada sebarang aktiviti diatas tanah-hanah yang telah dibersihkan itu.

“Balak pun habis………..digondol dengan alasan untuk membuka kawasan perlombongan sehinggakan ‘kayu Pol’ (anak pokok) pun turut ‘dibedal’,

“Dari zaman Dato’ Seri Ahmad Said menjadi Menteri BBesar lagi perkara ini berlaku,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan memberi keutamaan kepada kemajuan dam fedah uuntuk warga tempatan, sekiranya perusahaan perlombongan itu dibuka semula.

“Dengar khabarnya (tutup) kerana harga bijih (besi) jatuh dan saya dengar hendak dibuka semula……. saya bersetuju sangatlah tapi dengan syarat,

“hendaklah diambil warga Bukit Besi bekerja, Kalau tak ambil pekerja tempatan jangan bukalah (lombong ini semula),

“saya mungkin tak sempat dah nak kerja (kerana saya dah berusia) tapi biarlah generasi anak cucu saya dapat bekerja”, tegasnya .