Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu digesa mengagihkan projek-projek dan bantuan daripada peruntukan Ahli Dewan Undangan (ADUN) bernilai lebih RM30 juta, rakyat secara telus dan terus.
ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dan Pegawai Penyelaras DUN Rantau Abang serta Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) mesti bertanggungjawab, di dunia dan akhirat
Katanya, wang tersebut yang tidak disalurkan melalui ADUN tetapi menerusi pemimpin Umno yang dilantik, sepatutnya dibahagi-bahagikan dengan adil dikalangan rakyat.


“Biar semua akan merasa hasil……jangangn zalimi rakyat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program kebajikan ‘Sekampit Beras Seekor Ayam’ yang diadakan di Perkarangan Surau Haji Jusoh, Batu Tiong, Pulau Serai di sini pada Jumaat, 16 Februari.
Seramai lebih 140 orang penerima daripada kalangan penduduk di Batu Tiong, Seberang Pintasan, Kampung Tok Kah, Kuala Abang, Rhu Bhatil dan Kampung Baru Kuala Abang, dipilih mengikut zon pantai melalui PAS cawangan terlibat.
Ketua Penerangan PAS Dungun itu menambah, PAS sentiasa berusaha untuk memberi bantuan sekadar kemampuan, kepada semua yang layak tanpa ada ‘pilih kasih’.


Menurutnya, rakyat di kampung-kampung sedang menghadapi kesukaran kerana keadaan ekonoinegara yang tidak menentu.
“kerana sekarang kesempitan makin ketara terutama (selepas perlaksanaan) GST, peluang kerja kurang (dan pengangguran semakin meningkat),” jelas beliau.
Sehubungan itu, Pengarah Program tersebut, Mohamad bin Ali berkata, program yang telah bermula selepas PAS menang di Rantau Abang pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Sebelum ini dikenali (sebagai) ‘Dapur Rakyat’…..sejak dua tahun yang lalu, kita namakan ‘Sekampit Beras Seekor Ayam’……,” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Kebajikan DUN terbabit ketika dihubungi berkata, masih ramai lagi orang Melayu di kalangan masyrakat yang masih fakir dan miskin.


Justeru itu, beliau berkata, selain sumbangan yang diberikan secara berpusat, PAS Rantau Abang juga menyusun jadual ziarah rumah ke rumah.
“tiga hari seminggu ziarah bersama YB. Cikgu Alias ke rumah-rumah golongan kurang bernasib baik ini dan menyampaikan sumbangan barang dapur dan sedikit wang,
“ianya (program sebegini) akan berterusan sebab (sentiasa ada) sumbangan daripada ahli PAS, jemaah dan surau-surau PAS serta masyarakat prihatin,” katanya yakin.
Program anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang dan Jawatankuasa Parlimen itu, merupakan edisi kedua setelah diadakan pada Jumaat lepas, 9 Februari di zon darat yang melibatkan Kmpung Padang Pulut, Serdang dan Delong.
Berita berkait sebelum ini;
RM30 Juta, Lebih Daripada Cukup Untuk Bina Masjid Kubur Timah!



























