Himpunan Bantah ICERD Disertai Rakyat Seluruh Pelusuk

2350

Oleh : Hidayah Azlin

KUALA LUMPUR – Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD berjaya menunjukkan penyatuan antara Melayu Islam yang dihadiri dari pelusuk Malaysia.

Ahli Jawatanuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata himpunan diadakan bertujuan untuk mempertahankan hak Bumiputera yang dijamin oleh perlembagaan.

“Bukan kita nak kacau kaum lain, tapi kita nak pertahankan hak orang melayu bumiputera. Bukan kita nak hina agama lain tapi kita nak pertahankan kesucian Islam!,” tegasnya.

“Alhamdulillah.. mesej penyatuan Melayu Islam telah berjaya disampaikan. Himpunan aman, tiada kacau bilau, tiada kerosakan, tiada pergaduhan, peniaga senyum lebar sampai ke telinga.” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menhadiri Himpunan tersebut di Dataran Merdeka semaklam, 8 Disember.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, himpunan itu disifatkan himpunan rakyat. Tiada pengkhususan untuk VIP.

“Itu himpunan rakyat. Semua yang merasakan dia rakyat melayu dan bumiputera boleh datang. Penganjur tidak akan sekat.” ujarnya apabila dikemukakan persoalan kenapa Dato’ Seri Najib yang turut serta himpunan.

“AJK PAS Pusat, MP, Exco dan YB tiada tempat VIP. Ambe sendiri minta kotak minuman kosong dari Unit Amal, koyak bahagi dua dengan YB Ustaz Rosli Abdul Jabar buat lapik duduk.”

“Kami bangga kerana ia menepati makna dan maksud himpunan rakyat.” tambahnya lagi.

Menurut beliau yang juga, himpunan ini yang paling ramai dipenuhi ribuan manusia berbanding himpunan yang telah dihadiri sebelum ini.

“Saya biasa ikut Himpunan Bersih, Anti ISA, RUU 355, PPSMI dan beberapa himpunan lagi. Saya menilai Himpunan ICERD 812 adalah yang terbesar.”

Dalam setiap program, katanya, tidak lari daripada kontroversi. Hatta membawa anak kecil ke himpunan pun dijadikan ‘satu kesalahan’ dan pelbagai tohmahan yang tidak sepatutnya berlegar di media sosial.

“Kalau penganjur buat himpunan dalam dewan, ada petugas kawal pintu dan masih ada anak kecil yang dibawa masuk barulah boleh salahkan penganjur.”

“Nak larang peserta bawa anak kecil ibarat larang orang ramai bawa anak kecil mari KL.. itulah ibaratnya.” ujarnya