Majlis Tertinggi Kehakiman Mesir memaksa 32 hakim bersara kerana telah menentang penggulingan tentera keatas Presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013.
Seorang pegawai berkata, keputusan yang diambil pada hari Isnin adalah sebahagian daripada tindakan keras pihak berkuasa ke atas semua bentuk perbezaan pendapat, termasuk golongan sekular dan liberal, sejak Julai 2013, apabila ketua tentera ketika itu Abdel Fattah el-Sisi menggulingkan Morsi.
“Hari ini, Majlis Tertinggi Kehakiman mengambil keputusan untuk memaksa 32 hakim bersara kerana campur tangan dalam politik dan menyokong pihak tertentu selepas penyingkiran Morsi,” kata seorang pegawai kanan dari Majlis memberitahu agensi berita AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) sebuah badan NGO dunia dianggotai para hakim,endakwa raya dan ahli akademik, menggesa Mesir untuk menterbalikkan keputusan mengenai hakim-hakim.
“Kekuatan serangan Mesir terhadap hakim-hakim individu mencapai tahap yang menakutkan,” kata Pengarah ICJ Timur Tengah dan Afrika Utara, Said Benarbia.
Beliau berkata langkah itu menghantar “mesej penyejukan kepada orang lain yang mungkin mencabar tindakan keras yang berterusan mengenai hak-hak asasi dan kebebasan di Mesir”.
Pegawai rasmi Majlis Tertinggi Kehakiman Mesir berkata bahawa beberapa hakim telah secara terbuka mengisytiharkan penentangan mereka terhadap penggulingan Morsi dalam satu kenyataan yang ditandatangani di Rabaa al-Adawiya Square Kaherah.
Beribu-ribu penyokong pro-Morsi telah menunjukkan bantahan di dataran selama berminggu-minggu menuntut pengembalian semula beliau, sehingga 14 Ogos 2013, polis menyerbu kem bantahan menyuraikan ‘bantahan duduk-dalam’ itu.
Beratus-ratus lagi terbunuh dalam pertempuran jalanan dengan polis selama beberapa bulan selepas pembnuhan beramai-ramai 14 Ogos.
Kumpulan hak asasi global Amnesty International dan Human Rights Watch berkata bahawa sekurang-kurangnya 40,000 orang ditahan dalam tahun pertama penggulingan Morsi sejak 3 Julai, 2013.
Beratus-ratus lagi telah dijatuhkan hukuman mati atau hukuman penjara yang panjang selepas perbicaraan massa yang terlalu pantas, termasuk Morsi dan beberapa pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin.