Oleh : Raihanah
Kumpulan Dikir Barat Timuran Islam bertuah kerana diberi peluang menyerlahkan bakat mereka pada Himpunan Muslimat Terengganu Kali Kedua (HIMMAT 2.0) yang berlansung di Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada Sabtu lalu.


Mereka telah mempersembahkan tiga buah dikir yang berjodol; Anok luar nikah, Nasihat untuk kita dan Ewa bule, hiburan berkait pengkisahan masyarakat, berunsurkan nasihat serta ilmu untuk kaum muslimah.
Sehubungan itu, Ketuanya saudara Muhammad Abu Bakar Ismail mengucapkan terima kasih kepada Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu yang telah mengundang mereka.
“Saya ucap terima kasih kepada Muslimat………..sebenarnya terkejut dengan program baru ini, terkejut dipanggil untuk persembahan,


Beliau berharap agar persembahan mereka sekiranya dipanggil lagi selepas ini mendapat sambutan yang lebih baik terutamanya anak muda tidak kira muslimin dan muslimat.
“Kami berharap para peserta yang hadir lebih memahami apa yang dibawa oleh PAS dan terus istiqomah dalam perjuangn PAS, dalam persembahan dikir juga boleh berdakwah, sesungguhnya dakwah itu luas,”tambah beliau

























