Pembebasan Azman; Pihak Berkuasa Perlu Berhati-hati Menjatuhkan Hukuman

1133

KUALA TERENGGANU – Salah seorang dari dua mangsa Tragedi Batu Burok Muhammad Azman Aziz, dibebaskan secara bersyarat secara ‘parol’ dan dilepaskan di pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti di sini.

Beliau yang dibebaskan kira-kira jam 1 tengahari, disambut oleh ahli keluarganya dan pimimpin PAS Terengganu antaranya; Timbalan Pesuruhjaya (II) Haji Yahaya Ali, Bendahari Cikgu Shukrimun Shamsuddin dan Penolong Setiausaha Zakaria Dagang.

Ibu Azman
…..Ibu Azman…..sehingga tidak dapat berkata apa-apa kerana terlalu suka dengan pembebasan anaknya

Cikgu Shukrimun ketika menyambut pembebeasan itu mengucapkan syukur kepada Allah.

Namun begitu, kata beliau, PAS kesal dengan hukuman yang telah dijatuhkan kepada mereka kerana disifatkan sebagai tidak diadili dengan sebenarnya.

“Alhamdulillah, kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana menerima ‘sekembalian’ (Azman) salah seorang dari ahli kita yang menjadi tahanan dalam perhimpunan (Tragedi Batu Burok),

“walaupun beliau dibebaskan pada hari ini, tetapi keadilan dan proses keadilan ditegakkan sepanjang masa……….kami masih merasakan hukuman kepada mereka tidak diadili sebagaimana yang kami fahami,”jelasnya.

Beliau menegaskan, Azman dan Suwandi tidak melakukan apa-apa keganasanseperti yang diniatkan, namun kejadian yang berlaku adalah secara spontan.

IMG-20160329-WA0065
Keluarga Suwandi dan Haji Yahaya Ali turut menyambut pembebasan Azman

Katanya, dengan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku, beliau berharap pihak kerajaan berhati-hati dalam menjatuhkan sebarang hukuman.

“kita mengharapkan, In sha Allah, pengajaran sari apa yang berlaku ini supaya pihak berkuasa lebih berhati-hati dalam memberi pertimbangan,

“penilaian dan hukuman kepada pesalah-pesalah yang bermotifkan politik ini,”tambahnya.

Seorang lagi mangsa Suwandi Abd Ghani, dijangka dibebaskan pada esok, Rabu 30 Mac.

Menurut laman sosial Jabatan Penjara Malaysia, Parol ialah pembebasan bersyarat bagi seseorang banduan jalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraan luar penjara mengikut perintah parol.

https://youtu.be/N1BAC0kkZQo