27 Muslim Uighurs Korban Pertempuran Terbaru di Xinjiang

659
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/xinjiang%202009.jpg

“Tujuh belas orang telah dibunuh … sebelum polis melepaskan tembakan dan menembak mati 10 penunjuk perasaan”, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Insiden terbaru ini berikutan pertempuran antara orang awam dengan pihak berkuasa pada bulan April lalu yang telah mengorbankan 21 orang.

Pertembungan pada April dianggap paling dahsyat di rantau itu sejak Julai 2009 [Gambar], apabila hampir 200 orang terbunuh dalam rusuhan di ibu Xinjiang Urumqi.

Majoriti etnik Uighurs penduduk pribumi Xinjiang, suku kaum China Islam yang berbahasa Turki, mendakwa dan menuduh pemerintah China meletakkan sekatan ke atas budaya, bahasa dan agama mereka tetapi Beiking menafikan dan berkata, ia memberikan mereka kebebasan yang meluas kepada etmnik Uighurs.

Sebaliknya pemerintah China menuduh Uighurs merupakan kumpulan bersenjata mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata Asia Tengah dan Pakistan serta melakukan serangan untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka yang dikenali sebagai Turkistan Timur.

Banyak kumpulan-kumpulan hak asasi berkata, China meningkatkan ancaman untuk menjustifikasikan kawalannya yang sukar di Xinjiang.