250 Orang Khatan Beramai-ramai

1001

MARANG – Seramai 250 orang anak-anak dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong menyertai program khatan beramai-ramai yang diadakan selama tiga hari bermula pada Sabtu 16hb hingga hari Isnin, 18 November.

1385495_1418607985036778_2088120275_nMenurut Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Bukit Payong Mohd Nasir Ismail, ia adalah merupakan satu aktiviti tahunan yang diadakan sejak 10 tahun lalu.

“Majlis ini adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan DUN Bukit Payong sejak 10 tahun yang lalu,

“AlhamduliLlah, pada tahun ini seramai 250 orang, kanak-kanak dari seluruh kawasan DUN menyertainya ……… (ia) diadakan sekama 3 hari pada tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari akhir program tersebut, semalam, di Pusat Khidmat ADUN Bukit Payong, bersebelahan masjid Titian Baru Kedai Buluh dekat sini.

1461138_1418608078370102_1850561504_nKatanya majlis perasmian ‘Khatan Beramai-ramai’ itu telah disemuprnakan oleh ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah pada hari pertama program.

Oleh itu, bagi pihak Panitia Program beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan program tersebut termasuk ‘team’ perubatan yang mengkahatan anak-anak, seluiruh Ahli Jawatankuasa dan ibu bapa serta orang ramai.

“tanpa sokongan semua pihak, program yang melibatkan seramai ini peserta, mustahil untuk dilaksanakan dengan jayanya,”kat beliau.