18 Ribu Tetamu Meriahkan Sambutan Aidil Fitri Parlimen Dungun

2170

DUNGUN – Seramai 18,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum menghadiri Jamuan Kesyukuran dan Sambutan Aidil Fitri Parlimen PAS Kawasan Dungun semalam.

Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, majlis tersebut bermula pada 10.00 pagi sehingga 3.00 petang di Arena Merdeka, Dungun turut dimeriahkan dengan persembahan Kumpulan Seedrain, Sahabat Akustika dan beberapa penggiat seni tempatan.

“Alhamdulillah majlis pada hari ini berjalan lancar dan seramai 600 orang petugas telah berkhidmat secara sukarela. Saya dimaklumkan sebanyak 46 kawah daging telah dimasak untuk tetamu pada hari ini.” Ujar beliau, yang juga Ahli Parlimen Dungun.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

Antara kenamaan yang turut serta kata beliau, pada hari tersebut adalah Yang Dipertua DUN Terengganu Tuan Haji Yahaya Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang, EXCOan Kerajaan Negeri Terengganu YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, ADUN Sura YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang YB Cikgu Alias Harun, Timbalan Pengerusi Perkasa Terengganu Datuk Mastura Othman dan Pegawai Daerah Dungun Tuan Ibrahim Mohamad.

“Selain juadah hari raya PAS Dungun turut mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Kira-kira 18,000 tetamu berkunjung ke Arena Merdeka sepanjang majlis itu berlansung,” tembah beliau