16 Orang Hilang Setiap Hari

3875

Bilangan orang yang hilang, kebanyakannya kanak-kanak di bawah 18 telah meningkat kepada 16 orang setiap hari di negara ini pada tahun lepas.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia ( MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata demikian sebagaimana dilaporkan akhbar atas talian MySinChew

Beliau berkata berdasarkan statistik Bukit Aman, 5,721 orang dilaporkan hilang tahun lepas tetapi 3,127 atau 54.7 peratus daripada mereka dijumpai kembali .

sharlinieStatistik dari 1 Jan hingga 23 Disember tahun ini membimbangkan kerana 4,998 orang dilaporkan hilang, tetapi hanya 2,382 atau 48 peratus daripada ditemui semula.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menutup seminar ‘orang yang hilang’ peringkat negeri Melaka pada Khamis 26 Disember.

[Gambar kiri – Sharlinie, yang hilang dan tidak dijumpai sehingga kini]

Lee berkata 2,237 atau 45 peratus daripada kes-kes yang hilang adalah kanak-kanak di bawah 18 , kebanyakan mereka didakwa didorong oleh tekanan domestik atau pertengkaran , atau perempuan yang keluar dengan teman lelaki .

Beliau berkata terdapat kes-kes orang hilang diculik dan dibunuh dan remaja yang lari dari rumah terperangkap dalam masalah sosial manakala perempuan dipaksa menjadi pelacur .

Oleh itu, beliau menggesa agar ibu bapa mengukuhkan institusi keluarga bagi mengurangkan masalah yang membawa tekanan kepada anak-anak.