Keselamatan ‘Rumah Allah’ Adalah Kepentingan Seluruh Umat

1330

Saya memandang serius tragedi sebahagian bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini runtuh awal pagi semalam ahad 29hb sep 2013. Fakta yang perlu diambil perhatian dalam insiden ini ialah;

1. Insiden ini melibatkan rumah Allah yang mulia yang perlu dimakmurkan setiap masa.
masjid tebauk runtuh2. insiden seumpama ini berisiko melibatkan nyawa sekiranya runtuhan berlaku ketika ahli Qaryah sedang memakmurkan masjid apatah lagi masjid
boleh memuatkan jamaah hingga 1000 orang.
3. Dilaporkan runtuhan membabitkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid. Ia adalah runtuhan berskala besar yang menimbulkan keraguan terhadap
tahap keselamatan seluruh struktur masjid.
4. Masjid adalah masih baru iaitu siap dibina dua tahun lepas. Ini menimbulkan persoalan tahap profesional pihak yang bertanggungjawab terhadap
pembinaan tersebut.
5. Kos pembinaan ialah RM6 juta dan ia melayakkan masjid ini dibina dengan binaaan yang kukuh dan terbaik.
6. Insiden seumpama ini bukan yang pertama berlaku di negeri ini. Bumbung masjid runtuh di negeri ini telah berlaku 20 Mei lepas di Masjid
Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu yang hampir melibatkan nyawa 12 jemaah yang baru sahaja selesai solat isya. Pada 3 Oktober 2009,
bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
7. Siri runtuhan juga berlaku di negeri ini malah di parlimen yang sama Kuala Nerus pada 2 Jun 2009 melibatkan bumbung Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta dan siap dibina pada Mei 2008. Pada 20 feb 2013 sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan
runtuh lagi menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.

Justeru itu saya menegaskan;
stadium rutuh1. Siasatan segera perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kelulusan untuk masjid ini digunakan dijalankan secara profesional oleh jkr tanpa
sebarang kecuaian yang disengajakan.
2. Siasatan segera perlu dilakukan terhadap kontraktor yang terlibat untuk melihat sejauh mana kelayakannya untuk membina masjid dan adakah di
sana terdapat unsur-unsur kecuaian yang disengajakan dalam pemberian tender pembinaan.
3. Siasatan segera perlu dibuat terhadap punca kejadian melibatkan penggunaan bahan binaan sejauh menepati standard yang diperlukan bagi masjid
yang bernilai rm6 juta.
4. Semakan semula tahap keselamatan masjid-masjid yang baru dibina di negeri ini terutamanya melibatkan kontraktor pembinaan yang sama.

Akhirnya saya menegaskan bahawa pembinaan masjid adalah melibatkan harta awam yang menjadi amanah kepada semua yang terlibat sebagai kontraktor, pentadbir dan pengurus berkenaan.

Ia juga melibatkan rumah Allah yang mulia. Ia merisikokan nyawa orang-orang soleh yang memakmurkan masjid. Justeru, semua pihak berkaitan perlu memandang isu ini dengan serius untuk kebaikan seluruh umat.

YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus