Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu menyahut seruan ‘Countdown’ 100 hari menjelang pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) dengan meningkatkan program-program kebajikan dan kemasyarakatan.
Yang DiPertuanya Ustaz Wan Sukairi Wann Abdullah berkata, kesukaran dan kesusahan akan terus dikongsi melalui program-program yang telah dilaksanakan dan sedang diatur oleh Pusat Khidmat Parlimen PAS.
“Dengan kos sara hidup yang tinggi dan jumlah tanggungan yang ramai tentu amat menyukarkan ketua keluarga…….Kita memahami isu ini dan PAS akan cuba sedaya upaya berkongsi masalah rakyat marhaen ini,


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program agihan bantuan awal persekolahan ‘Back To School’ di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu pada Ahad, 17 Disember.
Sehubungan itu, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kuala Terengganu Haji Salleh Abdullah berikrar untuk meneruskan kerja-kerja yang telah berlangsung selama ini.


“kita mampu meningkatkan khidmat kita kepada masyarakat dan in shaa Allah akan terus beri mandat,” ujarnya.
Seramai 80 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun daripada kalangan miskin dan anak-anak yatim telah menerima sumbangan barangan keperluan bagi persiapan menghadapi sesi sekolah 2018.



























